(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Application of AnnAGNPS model for soil loss estimation and utrients loading for Malaysian conditions

Application of AnnAGNPS model for soil loss estimation and utrients loading for Malaysian conditions / Leow Cheng Siang
Pencemaran NPS (Non-point Source) merupakan penyumbang terbesar kepada pencemaran kualiti air sungai. Walaupun kesedaran tentang pencemaran ini semakin meningkat pada dekad yang lalu, Malaysia masih lagi kekurangan dari segi sistem pemantauan dan pengajian yang bersatu dalam menangani pencemaran ini. Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan model AnnAGNPS ke atas tiga kawasan kajian untuk mengkaji kesesuaian penggunaan model ini di Malaysia dalam memantau pencemaran NPS. Kajian mendapati keputusan simulasi model adalah memberangsangkan. Simulasi air larian hujan memberi keputusan R2 sebanyak 0.73, simulasi hakisan dan pemendapan pula memberikan 2R sebanyak 57. Purata hakisan tahunan kawasan kajian didapati sebanyak 62 Mg/ha/yr untuk tahun 2004 dan 123 Mg/ha/yr untuk tahun 2005. Perbandingan pengangkutan nitrogen (N) and fosforus (P) simulasi dengan sampel air adalah sebanyak R2=0.69 dan 0.64 masing-masing. Ladang Getah dan kawasan perbandaran dikenalpasti sebagai guna tanah yang paling banyak menyumbang kepada hakisan. Selain itu, lading getah juga merupakan punca pencemaran nitrogen yang paling besar. Kajian juga mendapati factor LS mempunyai kepekaan yang tertinggi dalam mempengaruhi amaun hakisan di kawasan kajian. Ketidakjituan dan kesalahan dalam keputusan simulasi berkemungkinan besar disebabkan oleh ketidaksesuaian data yang dirujuk untuk digunakan dalam keadaan Malaysia. Keputusan yang memuaskan menunjukkan AnnAGNPS sesuai digunakan di Malaysia dan kecekapannya boleh dipertingkatkan lagi. Satu database yang sistematik dan menyeluruh perlu diwujudkan untuk menggalakkan pembangunan kajian pencemaran NPS terutamanya dengan aplikasi AnnAGNPS. _______________________________________________________________________________________________________ Non-point source (NPS) pollution is one of the major sources of contribution of pollutants to watersheds and stream water. Although awareness has increased in Malaysia over the last few decade, there is still no unified system that can continuously monitor and evaluate watersheds in the country. Most studies are limited to short-term evaluation and do not provide long-term monitoring. This study aims to apply AnnAGNPS watershed modelling to assess NPS pollution in three selected watersheds. Rainfall data of 2004 and 2005 are used to calibrate and validate the model. The results of simulation are generally satisfying. Runoff estimation could reach a coefficient of determinacy of 0.73, and event based sediment yield produced R2 of 0.57. The average annual erosion rate of studied area is 62 Mg/ha/yr for 2004 and 123Mg/ha/yr for 2005. The distribution erosion is in agreement with the National Erosion Risk Map. N and P predictions are slightly inconsistent with R2=0.69 and 0.64 respectively but with high standard deviation. The study is able to detect rubber estate and urban land as major contributor to soil erosion. Rubber estate is also the main contributor for nitrogen loading. The study also identifies LS factor to be the most sensitive parameter in influencing erosion and sediment yield. Error and inconsistency can be caused by reference data that may be not suitable for local condition. The average result shows that AnnAGNPS is able to perform well under Malaysian condition and can do even better if proper improvements are made. A database should be set up to aid local research in improving watershed study, particularly AnnAGNPS.
Contributor(s):
Leow Cheng Siang - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002803
Language:
English
Subject Keywords:
(NPS); pollution; watersheds
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
9/11/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 109
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-11 16:26:12.814
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Application of AnnAGNPS model for soil loss estimation and utrients loading for Malaysian conditions1 2020-09-11 16:26:12.814