(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Aplikasi Pemadanan templat untuk Pengesanan Sel Sperma Normal/ Mohd Yunus Hashim

Aplikasi Pemadanan templat untuk Pengesanan Sel Sperma Normal_ Mohd Yunus Hashim_E3_2008_NI
Pemprosesan imej digital banyak digunakan dalam penglihatan komputer, pengimejan perubatan, forensik, pengecaman aksara, dan sebagainya. Dalam bidang perubatan, pemprosesan imej digital menjadi tumpuan penganalisis dan mendapat permintaan tinggi untuk diaplikasikan dalam proses diagnosis dan penafsiran imej-imej perubatan. Imej perubatan merupakan imej yang mementingkan ketepatan serta perlu jelas dan terperinci bagi mengelakkan sebarang kesilapan analisis. Sebarang kehilangan maklumat pada imej akan memberi kesan kepada hasil diagnosis. Seperti bidang lain yang menggunakan pemprosesan imej digital, pengimejan perubatan juga dapat mengurangkan jumlah tenaga kerja manusia serta dapat menjimatkan masa operasi, dan juga kos untuk jangka masa panjang. Contoh kajian-kajian pengimejan perubatan yang telah dijalankan ialah pengesanan kanser payudara, pengesanan kanser dan masalah otak, analisis imej sinar-x dan sebagainya. Untuk projek ini yang bertajuk “Aplikasi Pemadanan Templat untuk Pengesanan Sel Sperma Normal”, spesimen sel sperma diambil dari tikus spesis Sprague-Dawley . Suatu aplikasi dibangunkan untuk membolehkan imej sampel sperma tikus tersebut diklasifikasikan sama ada normal atau tidak normal melalui proses pemadanan dengan imej templat yang normal. Sebelum proses pengesanan atau pengecaman dilakukan, proses prapemprosesan imej spesimen perlu dilakukan. Kebiasaannya beberapa faktor diberi pertimbangan untuk proses ini seperti saiz imej spesimen, bentuk yang tidak menentu, kadar hingar, dan imej yang kabur. Dalam projek ini kaedah segmentasi imej digunakan dengan melaksanakan proses pengambangan terhadap imej. Bagi proses ini , algoritma pemprosesan titik digunakan di mana pengambangan dilakukan berdasarkan nilai sesuatu piksel. Satu lagi perkara yang dipertimbangkan dalam prapemprosesan imej sampel ialah pemutaran imej di mana akan ada lapan variasi imej dengan sudut putaran berbeza bagi mendapatkan hasil yang lebih tepat. Imej yang diproses akan digunakan dalam proses pemadanan imej sampel dengan templat menggunakan algoritma pekali korelasi ternormal. Bagi menilai keberkesanan proses yang dilakukan, pemadanan dijalankan terhadap imej sampel asal terlebih dahulu dan kemudiannya dibandingkan dengan hasil pemadanan imej yang disegmentasi. Aplikasi dibangunkan menggunakan perisian C++ Builder 6.0.
Contributor(s):
Mohd Yunus Hashim - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
Sprague-Dawley ; forensik ; pengimejan perubatan
First presented to the public:
5/1/2008
Original Publication Date:
2/19/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 81
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-02-24 16:51:09.06
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Aplikasi Pemadanan templat untuk Pengesanan Sel Sperma Normal/ Mohd Yunus Hashim1 2020-02-24 16:51:09.06