Tesis ini memberikan penilaian terhadap keberkesanan penyimpanan tenaga terhadap turbin angin. Tenaga angin adalah bersifat tidak selanjar secara semulajadi, dan ini menimbulkan risiko terhadap pergantungan bekalan tenaga angin dalam sistem kuasa secara berterusan. Dalam usaha mengurangkan risiko tersebut, penyimpan tenaga diperkenalkan dimana penyimpanan tersebut digunakan untuk membekalkan tenaga apabila tenaga angin tidak mencukupi. Simulasi Monte Carlo digunakan dalam kajian ini untuk menilai sistem jentera elektrik. Kaedah yang digunapakai dalam tesis ini menggunakan ‘IEEE Reliability Test Systems’ sebagai sistem ujian yang telah diubah bagi tujuan kajian. Dalam kajian ini, beberapa pemboleh ubah telah diuji bagi menilai kesan-kesan yang boleh mempengaruhi kepergunaan system penyimpanan tenaga bagi konfigurasi berbeza. Kajian keberkesanaan yang dijalankan terhadap sistem kuasa angin yang bersambung dengan stor penyimpanan tenaga menunjukkan bahawa keberkesanan sistem kuasa secara keseluruhannya meningkat naik dengan bantuan stor penyimpanan tenaga. Keberkesanan stor penyimpanan tenaga dan keberkesanan sistem tenaga secara keseluruhannya boleh ditambah baik sekiraya konfigurasi stor peyimpanan tenaga dipilih dengan betul. Ini boleh dinilai melalui ilustrasi terhadap dua konfigurasi penyimpanan stor tenaga terhadap sistem kuasa.
_______________________________________________________________________________________________________
This thesis presents the reliability evaluation of wind farms incorporating with energy storage. Wind power are intermittent in nature, and may cause risk for continuous power supply. In order to minimize the risk, energy storage is introduced where it is used to supply power to the system when wind power is inadequate. Monte Carlo Simulation is used in this research to evaluate generating system reliability. This method described in this thesis are tested using IEEE Reliability Test Systems, in which it has been modified for research purpose. In this approach, a few parameters are tested to evaluate effects of the parameters adjusted towards the working scenario of an energy storage. Reliability studies conducted on wind systems incorporated with energy storage demonstrates that overall power system reliability increases with the aid of energy storage. The energy storage reliability and the power system reliability as a whole can further be improved by selecting the most appropriate working scenarios for the energy storage. This is illustrated by the implementation of two different models of energy storage to the system.