Dalam banyak sistem digital, DAC prestasi tinggi adalah penting untuk memastikan
pengendalian yang baik. Komponen dipadankan diperlukan untuk mencapai
penukaran data yang betul. Banyak faktor seperti perubahan proses dan suhu boleh
menyebabkan komponen menjadi tidak berpadanan, oleh itu ia adalah mustahil
untuk mereka komponen sempurna dipadankan sepanjang masa. Komponen tidak
berpadanan akan membawa kepada perbezaan dalam nilai direka dan nilai yang
sebenar. Salah satu teknik untuk mengurangkan kesan komponen tidak berpadanan
adalah dengan menggunakan Pemadanan Elemen Dinamik (DEM) rangkaian untuk
rawakkan kod input digital kepada DAC. Perawakan ini boleh membantu
menjadikan masa purata komponen bersamaan pada setiap kedudukan untuk
menjadi hampir sama. Masalah dengan pelaksanaan DEM sedia ada adalah prestasi
kelinearan daripada DAC tidak begitu sesuai dan mempunyai gangguan disebabkan
oleh peralihan pelbagai suis pada masa yang sama. Dalam kajian ini, pelaksanaan 2
MSB rawak adalah dicadangkan pada Rangkaian Pokok Sebahagian Perduaan
(PBTN) DEM DAC dan prestasinya dinilai dari segi gangguan, penggunaan kuasa,
DNL dan INL. Perbandingan telah dilakukan untuk 4-bit BTN, 4-bit PBTN dan 4-bit
(2 MSB) PBTN. Satu lagi perbandingan yang telah dilakukan kepada prestasi untuk
6-bit & 8-bit (1 MSB) PBTN dan 6-bit & 8-bit (2 MSB) PBTN DEM DAC.
Simulasi telah dilakukan dan 8-bit (2 MSB) PBTN DEM DAC menghasilkan
gangguan maksimum 259.4 mV, DNL bersamaan 2.46 LSB dan INL bersamaan
31.00 LSB.
_______________________________________________________________________________________________________
In many digital systems, high performance DACs is essential to ensure proper
operations. Matched components are required in order to achieve proper data
conversion. Many factors such as process variation and temperature can cause
components to be mismatched therefore it is impossible to fabricate perfectly
matched components all the time. Mismatched components will lead to difference in
designed values and actual values. One of the techniques to reduce the effect of
mismatched components is to use Dynamic Element Matching (DEM) network to
randomize the digital input codes to a DAC. This randomization can help to make
the time averages of the equivalent components at each position to be nearly equal.
The problem with existing DEM implementations is the linearity performance of the
DAC is not as ideal and has glitches due to transitions of multiple switches at the
same time. In this research, the implementation of 2 MSB randomization is proposed
on a Partial Binary Tree Network (PBTN) DEM for a current-steering DAC and its
performance evaluated in terms of glitches, DNL and INL. Comparison was done
for 4-bit BTN, 4-bit PBTN and 4-bit (2 MSB) PBTN. Another comparison was done
for performance for 6-bit & 8-bit (1 MSB) PBTN and 6-bit & 8-bit (2 MSB) PBTN
DEM DAC. Simulation was done and the 8-bit (2 MSB) PBTN DEM DAC yields
maximum glitch of 259.4 mV, DNL of 2.46 LSBs, and DNL of 31.00 LSBs.