Penerimaan teknologi hijau untuk kediaman mampan menjadi trend pada
masa kini. Pelbagai kebaikan boleh dicapai jika dimulakan dari awal untuk
melaksanakan teknologi hijau dan kemampanan bermula dari pemilikan rumah.
Permulaan perniagaan dari negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat dan
negara-negara membangun yang lain kini banyak mengambil langkah untuk
melaksanakan teknologi hijau dan kemampanan dalam segenap aspek. Teknologi
hijau dan kemampanan bukanlah sesuatu yang asing dalam industri pembinaan di
Malaysia. Walau bagaimanapun, banyak usaha perlu dipergiatkan agar perlaksanaan
teknologi hijau untuk projek kediaman lestari dapat diterima oleh orang ramai. Ini
kerana kuasa untuk membeli dan memiliki rumah dengan konsep teknologi hijau dan
kemampanan berada di tangan pembeli atau orang ramai. Usaha yang berterusan
mampu memastikan kediaman berteknologi hijau dan mampan memenuhi ciri-ciri
yang disukai oleh orang ramai, kajian ini adalah mengenai ciri-ciri teknologi hijau
dan kemampanan yang diterima oleh orang awam untuk infrastruktur kediaman di
Malaysia. Pada masa sama, dapat memastikan semua pihak yang terlibat dalam
industri pembinaan sama ada dari pihak berkuasa yang berkaitan , agensi kerajaan,
organisasi swasta dan pemaju boleh memainkan peranan penting dalam menyediakan
yang terbaik untuk komuniti, negara dan masa hadapan.
_______________________________________________________________________
Receptivity of green technology for sustainable residential trend featured
nowadays. Various advantages can be achieved if it starts from the beginning to
implement green technology and sustainability starting from the home ownership.
Commencement of business from developed countries such as Japan and the United
States and most developing countries now participate strides to implement green
technology and sustainability in every aspect. Green technology and sustainability is
no stranger in the construction industry in Malaysia. However, many efforts should
be intensified so that the implementation of green technology for the sustainable
residential project can be accepted by the public. This is because the power to buy
and own a home with green technology and sustainability concepts is in the hands of
the buyer or the public. Continued efforts ensure that residential green technology
and sustainable meet the characteristics favoured by the public, this study on
characteristics of green technology and sustainability receptive to public for
residential infrastructure in Malaysia. At the same time, it ensures that all parties
involved in the construction industry whether from the relevant authorities,
government agencies, private organizations and developers can play a key role in
providing the best for the community, the nation and the future.