(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Health indicator system / Najmuddin Salmi Mat Nanyan

Health indicator system_Najmuddin Salmi Mat Nanyan_E3_2006_NI
Kehendak kepada keselesaan, perkhidmatan yang cekap, sistem yang boleh dipercayai dan kejituan maklumat merupakan sebahagian daripada ciri-ciri keperluan manusia dewasa ini. Mujurlah keperluan-keperluan ini dapat diselarikan dengan keupayaan teknologi masa kini agar dapat dipenuhi segala kehendak dan kemahuan manusia. Tidak dapat disangkal lagi bahawa teknologi amat penting bagi manusia. Bidang perubatan juga tidak terkecuali menerima tempias daripada kehendak manusia dan peningkatan teknologi ini. Kepentingan tentang penjagaan kesihatan telah menjadi satu isu yang sama penting dengan pembangunan infrastruktur, penyediaan keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air, persamaan hak dalam masyarakat dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa semakin pesat pembangunan fizikal sesebuah negara menyumbang kepada peningkatan kadar penyakit. Justeru itu, tuntutan terhadap penjagaan kesihatan perlu turut sama ditingkatkan. Di antara langkah-langkah mudah yang boleh diambil untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang adalah dengan mengambil parameter-parameter kesihatan atau apa yang dipanggil petunjuk penting dalam istilah perubatan. Parameter-parameter yang dimaksudkan oleh petunjuk penting itu termasuklah kadar denyutan nadi, suhu badan dan tekanan darah. Daripada parameter-parameter yang diperolehi ini akan memberikan gambaran awal terhadap tahap kesihatan seseorang. Jadi projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem yang mampu mengukur dan memaparkan parameter-parameter tersebut. Sistem ini melibatkan perkakasan dan perisian. Perkakasan adalah litar-litar untuk mendapatkan bacaan parameter-parameter dan perisian adalah untuk memaparkan keputusan bacaan. Perisian ini dibangunkan menggunakan Microsoft Visual Basic 6.0. _________________________________________________________________________________________ The desire for comfort, efficient service, reliable system and precise information are among the characteristics of human needs today. Fortunately these needs can be fulfilled by using technology. This shows that technology plays a vital role in human life. Medical field is also influenced by technology. Health consciousness is becoming one of the major issue in our life today as well as other needs. There is no argument that whenever we develop our country physically, the rate of disease increases equally. Both parties standing at parity. So the health conscious attitude must be in our people mind. The simplest step that can be taken to avoid disease is by monitoring the human health parameters, for instance pulse rate, body temperature and blood pressure. The parameters may indicate our health level. In a simple word, this system developed in aiming to build a system that can collect health parameters and display it at the user interface software. This system consists of the combination of hardware and software. Hardware are the circuits that process the analog signal and software is the medium that display the result and provide a path for interaction between user and system. The software was developed using Visual Basic 6.0.
Contributor(s):
Najmuddin Salmi Mat Nanyan - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
vital role; technology plays; Health consciousness
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
12/6/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 68
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-12-07 10:47:03.102
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Health indicator system / Najmuddin Salmi Mat Nanyan1 2018-12-07 10:47:03.102