(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Study of landslide in Malaysia / Muhammad Nur Fahmi Md Saad

Study of landslide in malaysia
Sejak dahulu lagi telah diketahui bahawa tanah runtuh dan hakisan tanah merupakan suatu perkara yang lumrah teruatamanya pada musim hujan. Walaubagaimanapun, masih ramai lagi orang awam yang tidak menyedari bahaya kejadian ini kepada manusia sama ada daripada segi harta mahupun nyawa. Secara amnya masalah kegagalan cerun ini merupakan masalah yang menyebabkan pelbagai bahaya kepada manusia, teruatamaya seperti keruntuhan bangunan dan sebagainya. Oleh yang demikian masalah tanah runtuh dan hakisan tanah ini memerlukan belanja dan kos yang tinggi untuk kerja-kerja penstabilan cerun dan penyelenggaraan cerun ini supaya cerun menjadi stabil serta dapat menanggung beban pada tempoh rekabentuk yang ditetapkan. Amnya masalah tanah runtuh dan hakisan tanah ini merupan kajian yang berlarutan bagi jurutera geoteknik dan ahli geologi. Jangkaan berlakunya kegagalan cerun adalah rumit. Justeru itu, pengetahuan mendalam terhadap cerun samaada semulajadi mahupun buatan manusia adalah amat penting. Kajian yang telah dijalankan ini adalah berkaitan dengan penilaian geoteknik terhadap pelbagai bentuk kegagalan cerun dan hakisan tanah serta faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan kegagalan cerun. Penilaian geoteknik ini merangkumi kajian terhadap kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di Malaysia sejak tahun 1980. Melalui pengkajian, pengumpulan maklumat tentang tanah runtuh telah dijalankan dengan mendapatkan bilangan, lokasi dan jenis runtuhan yang berlaku. Selain itu juga perbincangan tentang faktor kejadian tanah runtuh telah dibincangkan dengan ringkas dan pada masa yang sama pelbagai langkah penstabilan cerun yang dirasakan sesuai dicadangkan berdasarkan keputusan penilaian. Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan runtuhan iaitu keadaan tanah, proses fizikal dan aktiviti manusia. Masalah iv hakisan tanah juga telah dibincangkan tetapi hanya megambil kira kejadian yang berlaku di sepanjang laluan Lebuhraya Utara - Selatan. Seterusnya , kekangan yang dihadapi sepanjang proses analisis ini dinyatakan pada bahagian akhir laporan serta pelbagai cadangan untuk melanjutkan kajian ini turut dimuatkan. For many years, landslide and soil erosion are common occurrences in Malaysia, especially during rainy seasons. However, these are normally unrealized. Large number of death and economic losses were reported as a result of these movements of soil. Landslide and soil erosion are economically important and these are crucial concern for geotechnical engineers and geologists. In addition, predicting the possibility of slope failure is not an easy task and the causes are usually undefinable. Thus, having a better understanding of the behavior of natural and man-made slopes is essential. This dissertation concerns geotechnical evaluation on various slope failure and soil erosion. It also includes the causing factors the evaluation covers land slides that occurred in Malaysia since 1980. Thorough research data collection of landslides has been done. It consists amount, location and type of landslides. Furthermore, factors affecting landslides is also discussed. There, have three main factors contribute to landslide which are ground condition, physical process and man-made process. Various methods of appropriate slope stabilization were suggested based on the analysis. Problem regarding land erosion is also discussed but only focusing on those that occurred alongside the North-South Expressway (Bukit Kayu Hitam – Johor Baharu). Finally, limitation that had been encountered during this analysis is stated at the end of the report and several suggestions have been made for further studies on the project.
Contributor(s):
Muhammad Nur Fahmi Md Saad - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
landslide and soil erosion;crucial concern;geotechnical engineers
First presented to the public:
2/1/2004
Original Publication Date:
10/4/2017
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 151
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2017-10-04 16:45:51.418
Date Last Updated
2020-06-04 09:21:57.4
Submitter:
Muhamad Azmil Ramli

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Study of landslide in Malaysia / Muhammad Nur Fahmi Md Saad1 2017-10-04 16:45:51.418