(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian keberkesanan sistem lampu isyarat “countdown”

Kajian keberkesanan sistem lampu isyarat “countdown” / Mohd. Firdaus Mohd. Yusoff
Kajian ini difokuskan kepada keberkesanan sistem “countdown” yang dipasang bersama-sama lampu isyarat pada dua jenis jalan, iaitu jalan persekutuan dan jalan negeri. Kajian ini dilakukan kepada dua bahagian secara umum iaitu laporan teknikal dan pandangan pemandu terhadap sistem digital ”countdown” ini. Laporan teknikal adalah mengenai pengiraan tahap aras perkhidmatan disimpang tersebut. Keduanya ialah pandangan pemandu terhadap keberkesanan sistem ini. Dalam laporan teknikal, perisian yang digunakan ialah aaSIDRA2.0. Dalam perisian ini, kajian memfokuskan kepada perubahan aras perkhidmatan “Level Of Service” apabila dipasang dengan sistem ini, dan apabila ia dimatikan. Terdapat perubahan aras perkhidmatan pada beberapa lorong kajian apabila sistem ini beroperasi. Selain itu, pengumpulan data dari tapak melalui alat radas Trax Mite membantu kajian dalam mendapatkan data seperti jarak antara kenderaan dan kelajuan kenderaan pada setiap lorong yang dikaji. Purata “Headway” kenderaan didapati berjarak antara 0-4 meter manakala kelajuan kenderaan secara purata diukur sehingga 56km/j. Manakala pandangan pemandu diperolehi melalui soal selidik terhadap keberkesanan sistem digital “countdown”. Analisa daripada kajian soal selidik akan melihat kepada prestasi simpang pada masa akan datang. Berdasarkan soal selidik, maklumbalas responden terhadap sistem ini adalah memberangsangkan. Melalui dua kaedah umum yang telah dinyatakan, akhirnya kajian akan melihat beberapa implikasi terhadap sistem pemanduan kepada para pemandu. Namun, kajian mengenai sistem digital “countdown” perlu diteruskan untuk mempertingkatkan tahap kecekapan pengurusan sistem lalulintas di negara Malaysia pada masa sekarang dan akan datang. _______________________________________________________________________________________________________ The study is actually focused on the effectiveness of digital countdown system which has been installed at signalised intersections at to two types of roads, which are federal roads and state roads. Generally, the study based on two approaches through e technical analysis and through the opinion of drivers in Malaysia about this system. The Level of Service and other important traffic parameters were calculated. In the technical section, the software aaSIDRA 2.0 has been used. Based on the software, the study compared the results when the time is operated and when they are not. TRAX Mite is a device used to collect the measured data, which are the axle of the vehicles, speeds and gaps of each vehicle throughout the lanes. In addition, several opinions had been taken from the drivers to see their opinion about the effectiveness of this system. Analysis was conducted and it is important to see whether the system could perform well in the next few years or not.
Contributor(s):
Mohd. Firdaus Mohd. Yusoff - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002762
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
digital; countdown; intersections
First presented to the public:
3/1/2006
Original Publication Date:
9/9/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 208
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-09 15:10:29.466
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian keberkesanan sistem lampu isyarat “countdown”1 2020-09-09 15:10:29.466