Pada masa dahulu, kerugian akibat banjir hanya dapat dinilai selepas kejadian
tersebut. Namun begitu, dengan perkembangan teknologi maklumat terutama
perkembangan teknologi komputer, kejadian banjir boleh di model dengan
permodelan berkomputer dan anggaran kerosakan dan kerugian akibat banjir boleh
dinilai dengan lebih cepat atau sebelum kejadian banjir tersebut berlaku. Gabungan
teknik permodelan 1D di dalam saluran sungai dan 2D pula di dataran banjir dapat
memberi keseimbangan dalam masa yang diperlukan untuk membina model dan
ketepatan simulasi. Dengan bantuan teknologi sistem pengurusan geografi (GIS), hasil
simulasi dapat dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk visual yang lebih menarik.
Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan peta banjir melalui teknik permodelan
komputer, menentukan kawasan yang terlibat dan seterusnya menaksir kerugian yang
mungkin akan dihadapi. Kawasan yang dipilih untuk kajian ini ialah Sungai Tupai
yang mempunyai kawasan tadahan seluas lebih kurang 950 hektar dan 7.5km panjang
yang merangkumi kawasan perumahan dan perindustrian dan bertindak sebagai salah
satu daripada sistem saliran Bandar Taiping. Hasil daripada kajian yang telah
dijalankan, didapati pada kala ulangan 100 tahun, hanya 1.19 peratus daripada
keseluruhan kawasan tadahan Sungai Tupai yang digenangi air banjir. Jumlah
kerugian yang ditaksirkan menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh JICA (1995)
adalah menghampiri RM700,000.00 dengan melibatkan lebih kurang 303 buah rumah
dan 1333 penduduk.
_______________________________________________________________________
In the past, flood losses or damages can only be determined after the incident.
However, with the development of information technology, especially computer
technology, a flood can be modelled using desktop computer and estimation of
damages and losses due to flooding can be assessed quicker or even before the flooding
occurs. The combination of 1D modelling techniques in the river channels and 2D on
floodplains balanced the time required to build the model and accuracy of the
simulation. With the advancement of Geographical Information System (GIS)
technology, simulation results can be analyzed and presented in a more visually
appealing manner. The objective of this study is to produce flood maps through
computer modeling technique, determine the area involved and further assess the
losses that may be encountered. The area selected for this study is Tupai River with a
catchment area of approximately 950 hectares and 7.5km in length of Tupai River that
includes residential and industrial areas and served as one of the Taiping City drainage
system. Finding from the study reveals that in 100 years Average Recurrence Interval
of Rainfall, only 119 percent of the total catchment area of Tupai River inundated with
flood waters. Total losses estimated using the method introduced by JICA (1995) is
approximately RM700,000.00 that involved 303 houses and 1333 resident.