Teknologi Frekuensi Radio Identifikasi (RFID) merupakan sebuah inovasi yang mempunyai masa depan yang cerah dalam pengesanan dan pengesahan objek. Dengan keupayaannya menyimpan data, teknologi ini dijangkakan menguasai bidang perubatan di mana kelebihannya terletak pada saiz, ketepatan dan ketahanan. Dalam aplikasi perubatan, RFID mampu merungkai segala permasalahan yang dihadapi pihak terbabit. Projek ini lebih memfokuskan kepada pembinaan pengkalan data dan mempamirkan data-data staf, pesakit, peralatan hospital serta ubat-ubatan. Perjalanan dan pergerakkan setiap objek dan individu yang telah dilabelkan dapat diketahui dengan menggunakan sistem RFID ini. Setiap perincian data dapat dipertontonkan melalui penggunaan bahasa aras tinggi setelah mengesan dan mendapat isyarat bit data. Secara kesimpulannya, melalui projek ini, pengurusan hospital terbukti dapat dilakukan dengan lebih baik dan teratur.
_________________________________________________________________________________________
Radio Frequency IDentification (RFID) technology is a future potential innovation in tracking and identifying objects. With its capability to store data, this technology is expected to conquer medical fields where through its size, accuracy and the long-lasting ability is its advantages. RFID is believed the most convenient solution for medical application. This project are focusing on building a database of staffs, patients, equipments and medicines details of a hospital and displayed this particular information. The movements details of each tagged items or personnel data can be detect and read by the RFID system. Using high-level language, the details could be display after the bits of signals were attains. Through this project, we can conclude that the management of a hospital becomes easier using RFID.