(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

A study of coagulation process on brackish water for drinking water purposes

A study of coagulation process on brackish water for drinking water purposes / Noor Syaimaa Shuhaimi
Malaysia merupakan salah satu daripada negara-negara yang mempunyai kadar penggunaan air lebih tinggi berbanding dengan Thailand, Indonesia dan Singapura. Pertambahan penduduk akan meningkat permintaan air yang digunakan oleh sektor industri dan domestik. Penyahgaraman air payau adalah salah satu sumber air alternatif bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk permintaan pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, membran tersumbat adalah salah satu masalah utama dalam penyahgaraman air payau. Oleh itu, kajian mengenai rawatan air payau oleh proses pembekuan sebagai rawatan pra telah dijalankan untuk mengetahui keupayaan proses pembekuan penyingkiran kekeruhan, kemasinan, jumlah pepejal terlarut (TDS), warna dan bahan organik semulajadi (NOM) di dalam air payau. Kajian ini membincangkan tentang dos optimum penggumpal (alum) dan pH dalam proses pembekuan sebelum dan selepas pencairan air payau. Keputusan menunjukkan bahawa dos optimum alum dan pH bagi parameter yang dikaji adalah berbeza. Dos yang optimum bagi kekeruhan air payau Kuala Kurau dan Kuala Bagan Tiang adalah 150 mg/L pada pH 6, peratusan kekeruhan dikurangkan ialah 99.81% (0.12 NTU) di Kuala Kurau dan 99.75% (0.22 NTU) di Kuala Bagan Tiang. Dos optimum alum dan pH untuk pengurangan TDS untuk air yang payau Kuala Kurau adalah 90 mg/L pada pH 7, 54.56% TDS dikurangkan (7507.5 mg/L). Walau bagaimanapun, alum dos optimum dan pH untuk pengurangan TDS air yang payau di Kuala Bagan Tiang adalah 60 mg/L pada pH 7, 76.17% TDS dikurangkan (2882.5 mg/L). Pengurangan kemasinan maksimum telah dicapai pada kadar kecairan 1:2 bagi kedua-dua tempat. Di Kuala Kurau, kemasinan yang dikurangkan adalah 59.97% (2.41 ppt) pada dos alum 90 mg/L di dalam pH 7. Di Kuala Bagan Tiang, kemasinan yang dikurangkan adalah 62.98% (1.34 ppt) pada dos alum 200 mg/L di dalam pH 6. Pembekuan air payau mencapai 100% penurunan warna pada kadar kecairan 1:2 pada semua dos alum bagi kedua-dua tempat. Walau bagaimanapun, di Kuala Kurau 100% warna dikurangkan ialah pada pH 6 dan Kuala Bagan Tiang pada pH 7. Peratusan tertinggi bagi pengurangan NOM ialah pada pH 7 dalam kadar kecairan 1:11 air payau Kuala Kurau dan Kuala Bagan Tiang yang 99.0% (0.001 nm/cm) pada dos alum 120 mg/L dan 95.7% (0.010 nm/cm) pada dos alum 300 mg/L masing-masing. _______________________________________________________________________________________________________ Malaysia is one of the countries that has higher water consumption rate compared to Thailand, Indonesia and Singapore. Increase in population will increase the demand of water consumed by the industrial sectors and domestic. Brackish water desalination is one of the alternative water resources to ensure the water supply meets with the demand in the future. However, membrane blockage is one of the main problems of brackish water desalination. Therefore, a study on brackish water treatment by the coagulation process as a pre-treatment was carried out to know the ability of the coagulation process in the removal of turbidity, salinity, total dissolved solids (TDS), colour and natural organic matter (NOM) in the brackish water. This study discussed on the optimum coagulant dose (alum) and pH in the coagulation process before and after dilution of brackish water.Result indicates that the optimum alum dose and pH for the studied parameters was different. The optimum dosage for turbidity for brackish water at Kuala Kurau and Kuala Bagan Tiang was 150 mg/L at pH 6, which removed 99.81 % turbidity (0.12 NTU) at Kuala Kurau and 99.75 % turbidity (0.22 NTU) at Kuala Bagan Tiang . Optimum alum dose and pH for removal of TDS of brackish water at Kuala Kurau was 90 mg/L at pH 7, which were removed 54.56 % TDS (7507.5 mg/L). However, optimum alum dose and pH for removal of TDS of brackish water at Kuala Bagan Tiang was 60 mg/L at pH 7, which were removed 76.17 % TDS (2882.5 mg/L). Maximum salinity removal was achieved at dilution rate 1:2 for both places. At Kuala Kurau, the salinity removed was 59.97 % (2.41 ppt) at 90 mg/L alum dose in pH 7. At Kuala Bagan Tiang, the salinity removed was 62.98 % (1.34 ppt) at 200 mg/L alum dose in pH 6. The coagulation of brackish water achieved 100 % colour removal at dilution rate 1:2 in all dosage of alum for both places. However, at Kuala Kurau 100% colour removal was at pH 6 and at Kuala Bagan Tiang at pH 7. Highest percentage of NOM removal was at pH 7 in dilution rate 1:11 for brackish water at Kuala Kurau and Kuala Bagan Tiang which is 99.0 % (0.001 nm/cm) at 120 mg/L alum dose and 95.7 % (0.010 nm/cm) at 300 mg/L alum dose respectively.
Contributor(s):
Noor Syaimaa Shuhaimi - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875005541
Language:
English
Subject Keywords:
water; consumption; Brackish
First presented to the public:
6/1/2015
Original Publication Date:
7/24/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 85
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-07-24 10:11:19.014
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
A study of coagulation process on brackish water for drinking water purposes1 2020-07-24 10:11:19.014