Kelajuan dan ketepatan sering menjadi tumpuan dalam sistem komunikasi. Sistem penghantaran Pemultipleksan Pembahagian Frekuensi Ortogon (OFDM) dapat memenuhi keperluan ini. Pemancar RF telah diimplikasikan dalam sistem penghantaran OFDM untuk merealisasi komunikasi tanpa wayar. Objektif projek ini adalah mensimulasi pemancar dan penerima RF dengan menggunakan ADS, mengubahsuai kod VHDL untuk bersepadan dengan spesifikasi komponen DAC dan akhir sekali, membuat susun atur, menguji prestasi bagi setiap component dan membangunkan pemancar RF. Masukan dan keluaran OFDM pemodulat telah dianalisasi, dikuti dengan mengenalpasti DAC, pengadun, penapis laluan jalur serta penguat kuasa yang bersesuaian. Kod VHDL pemodulat dan penyahmodulat yang sedia ada telah diubahsuai untuk bersepadan dengan spesifikasi komponen DAC. Selain itu, simulasi pemancar dan penerima RF telah direalisasikan dengan menggunakan ADS. Hal ini diikuti dengan penciptaan susun atur dan ujian prestasi bagi setiap komponen. Komponen-komponen tersebut digabungkan untuk membangunkan pemancar RF. Selepas pengubahsuaian kod VHDL, isyarat diterima adalah 100% sama dengan isyarat dihantar oleh sistem. Prestasi pemancar RF kemudian diuji. Pengadun, penapis laluan jalur dan penguat kuasa terbukti dapat berfungsi dengan baik. Kuasa diterima oleh antena adalah dari -46.31 dBm hingga -59.07 dBm, ketika jarak antara 2 antena adalah dalam lingkungan 1 cm hingga 10 cm. Oleh sebab pemancar RF yang dibangunkan ialah pemancar pembawa tunggal, pemancar pelbagai pembawa boleh dibangunkan pada masa yang akan datang.
_______________________________________________________________________________________________________
The speed and accuracy are always the main concern in communication system. OFDM transmission system is able to fulfill these requirements. RF transmitter is developed to realize wireless communication for OFDM transmission system. The objectives of this project are simulate a RF transceiver using ADS, modify the developed VHDL coding to match with the specification of DAC component and lastly, to create layout, test performance of each component and develop the RF transmitter. Initially, the input and output of OFDM modulator is analyzed and suitable DAC, mixer, bandpass filter and power amplifier for developing transmitter are identified. Developed VHDL coding of OFDM modulator and demodulator are modified to meet the specification of selected DAC. Besides, simulation of RF transmitter is carried out using ADS. This is followed by layout creation and performance test for each component. Lastly, the components are combined to develop a RF transmitter. After modification of VHDL coding, the received data signal are 100% similar with the transmitted data signal. The performance of RF transmitter is then tested. The mixer, bandpass filter and power amplifier are proven to be functioning well. RF transmitter is working well despite of the losses at different stages. When the distance between antennas is in the range of 1 cm to 10 cm, the received power of the antenna is in the range of -46.31 dBm to -59.07 dBm. Since the RF transmitter developed in this project is a single carrier transmitter, a multicarrier transmitter can be developed in future work.