(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian kaedah pengiraan kapasiti persimpangan bulatan /Ahmad Roslee Bin Hamzah

Kajian kaedah pengiraan kapasiti persimpangan bulatan Ahmad Roslee Bin Hamzah_A9_1997_NI
Disertasi ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kaedah merekabentuk persimpangan bulatan menggunakan kaedah Arahan Teknik (Jalan) JKR 11/87 dan membandingkannya dengan kaedah R.M Kimber (TRRL) dan perisian komputer SIDRA 5 (ARRB). Hasil dari itu usul-usul membina dicadangkan bagi meningkatkan atau memajukan kaedah merekabentuk dan meramal kapasiti persimpangan bulatan di Malaysia. Bagi mencapai tujuan tersebut , satu persimpangan bulatan telah dipilih untuk dikaji sebagai satu kajian kes dengan menggunakan tiga (3) kaedah yang berkenaan. Hasil daripada kajian mendapati kaedah Arahan Teknik adalah kurang sesuai untuk digunakan. Ini kerana kaedah ini memberikan nilai kapasiti bagi kawasan seksyen jalinan sahaja dan tidak mengambilkira susunatur persimpangan bulatan keseluruhannya. Selain itu ianya juga berasaskan persamaan yang agak ketinggalan yang berasal dari United Kingdom dan telah tidak digunakan lagi di sana. HasU dari kajian juga mendapati setiap kaedah mempunyai pendekatan asas yang berbeza di mana kaedah Arahan Teknik berasaskan keluasan seksyen jalinan, kaedah Kimber berasaskan kepada susuatur geometri dan hubungan aliran masuk/memusing lalulintas pada persimpangan bulatan, dan kaedah SIDRA berasaskan nilai parameter 'gap acceptance' dan corak asalandestinasi lalulintas. Perbandingan terus antara keputusan kajian bagi setiap kaedah juga tidak dapat dilakukan akibat daripada pendekatan yang berbeza tersebut. Di akhir kajian telah mendapati dan mencadangkan bahawa adaptasi sebahagiannya atau secara keseluruhan kaedah Kimber dan kaedah SIDRA kepada amalan merekabentuk persimpangan di Malaysia adalah munasabah dan boleh diterimapakai. ___________________________________________________________________________________ The objectives of the tesis were to identify the effectiveness and suitability of the roundabout design method of Arahan Teknik (Jalan) JKR 11/87, and to compare it with the method of R.M Kimber (TRRL) and 'SIDRA 5' (ARRB) computer software. Later, recommendations were developed and proposed to improve the design and capacity prediction method of roundabout junction in Malaysia. To achieve the objectives, one (1) roundabout junction was chosen and studied as a study case -with the application of the three (3) methods mentioned. As a result it was found that the Arahan Teknik's method is unsuitable for design purposes. It is because it gives the capacity value of the weaving section only and did not take into consideration the geometric layout of the whole junction. Furthermore, it was based on an outdated equation that was originated from United Kingdom and was no longer used . From the study it was also found that each method has it differences in it's basic approache. Whereby, the Arahan Teknik method was based on weaving section area, R.M Kimber's based on the junction geometric layout and entry/circulating flow relationship, and SIDRA method based on the gap acceptance parameter and traffic origin-destination pattern. Therefore, direct comparison of each method's calculated capacity value cannot be done because of the differences. At the end of the study it was found and proposed that partly or fully adaptation of R.M Kimber and SIDRA method to Malaysian roundabout junction design practice is possible and acceptable.
Contributor(s):
Ahmad Roslee Hamzah - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
roundabout design; junction geometric layout; flow relationship
First presented to the public:
12/1/1997
Original Publication Date:
5/15/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 126
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-05-15 11:11:23.081
Date Last Updated
2020-05-28 09:21:12.037
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian kaedah pengiraan kapasiti persimpangan bulatan /Ahmad Roslee Bin Hamzah1 2018-05-15 11:11:23.081