(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

The implementation of motorcycle junction box to reduce motorcycle accident rate in malaysia

The implementation of motorcycle junction box to reduce motorcycle accident rate in malaysia / Siti Najihah Mohd Ali
Motosikal adalah antara punca utama kemalangan jalan raya di kebanyakan rangkaian jalan raya di negara Asia termasuk di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa penunggang motosikal adalah antara pengguna jalan raya yang paling terdedah di seluruh rangkaian ini. Demi keselamatan penunggang motosikal di Malaysia, kertas penyelidikan ini memberi gambaran keseluruhan pelaksanaan kotak simpang motosikal di beberapa persimpangan jalan raya terpilih di Bandaraya Kuala Lumpur. Kertas penyelidikan ini menyiasat sama ada zon yang dilaksanakan boleh membantu dalam mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan motosikal dengan menganalisis kebolehcapaian zon, sama ada zon adalah berkesan dan apakah tahap kesedaran dan penerimaan orang ramai ke arah kewujudan zon ini. Kaedah pengumpulan data adalah dengan menggunakan borang soal selidik sebagai pengumpulan data primer dan data sekunder diperolehi daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan. Hasil analisis data menunjukkan pelaksanaan zon motosikal terbukti baik dalam mengurangkan kadar kemalangan motosikal dan keberkesanan zon juga dicapai. Kira-kira 42.7% daripada responden mengetahui mengenai kewujudan zon tersebut di beberapa lokasi terpilih dan hampir 90% daripada mereka menerima bahawa zon yang dilaksanakan boleh membantu dalam mengurangkan kadar kemalangan motosikal di Malaysia. _______________________________________________________________________________________________________ Motorcycles are among the major causes of road accidents in most Asian countries road networks including Malaysia. This indicates that motorcyclists are among the most vulnerable road users throughout these networks. For the sake of motorcycle safety in Malaysia, this paper provides an overview of the implementation of motorcycle junction box in selected few road junctions in Kuala Lumpur City. This research paper investigated the implemented zone helping to reduce accident rates involving motorcycles by analysing the accessibility of the zone, it effectiveness and what are the awareness and acceptance level of the public towards the implementation of the zone. The methods for data collection are by using questionnaires as the primary data collection and secondary data is obtained from related government and private agencies. The results of analysing data showed that the implementation of the motorcycle zone was proven to be effective in reducing the motorcycle accident rate and the effectiveness of the zone is also achieved. About 42.7% of respondent are aware about the existed zone in selected areas and nearly 90% of them accepted that the implemented zones can help in reducing motorcycle accident rates in Malaysia.
Contributor(s):
Siti Najihah Mohd Ali - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875007624
Language:
English
Subject Keywords:
Motorcycles; major causes; road accidents
First presented to the public:
6/1/2018
Original Publication Date:
8/3/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 96
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-08-06 14:52:27.928
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
The implementation of motorcycle junction box to reduce motorcycle accident rate in malaysia1 2018-08-06 14:52:27.928