Terdapat pelbagai cara untuk menentukan tahap kematangan sesuatu buah, tetapi kebanyakan cara ini akan merosakkan buah tersebut, misalnya seperti memicit buah itu atau mengambil jus buah untuk membuat ujian kimia. Tujuan projek ini ialah untuk merekabentuk satu alat yang dapat menentukan tahap kematangan buah tanpa merosakkan buah itu. Projek ini adalah sebahagian daripada kajian yang berterusan di
USM. Dalam projek tahun ini, gelombang mikro akan digunakan untuk menentukan tahap kematangan buah. Dua antena heliks ragam paksi akan digunakan, satu sebagai pemancar, dan yang satu lagi sebagai penerima. Antena pemancar akan memancarkan gelombang mikro ke arah buah yang diuji, dan antena penerima akan menerima gelombang mikro yang dipantul oleh buah tersebut. Kekuatan gelombang mikro yang
terpantul akan memberi gambaran tentang tahap kematangan buah itu. Ini adalah kerana buah dengan tahap kematangan yang berbeza mempunyai komposisi kimia (komposisi dalaman) yang berbeza, dan pantulan gelombang mikro akan bergantung kepada komposisi kimia buah. Oleh itu, adalah dijangka bahawa buah dengan tahap kematangan yang berbeza akan memantulkan gelombang mikro dengan kekuatan yang
berbeza. Kekuatan gelombang mikro terpantul itu turut disampel pada ketika-ketika yang berbeza dengan menggunakan penukar analog-ke-digital (ADC). Penyampelan perlu dilakukan untuk memperolehi sambutan transien gelombang mikro yang terpantul. Corak sambutan transien gelombang mikro yang terpantul juga dapat memberi maklumat tentang tahap kematangan buah kerana, buah dengan tahap kematangan yang
berbeza akan memantulkan gelombang mikro dengan corak sambutan transien yang berbeza. Buah pisang digunakan dalam projek ini. Dua tahap kematangan buah pisang akan diuji, iaitu tahap masak dan belum masak. Keputusan yang diperoleh daripada kajian dianalisis untuk menentukan tahap kematangan buah pisang. Terdapat perbezaan diantara keputusan yang diperoleh daripada pisang masak dan belum masak, oleh itu, konsep menentukan tahap kematangan buah dengan menggunakan pantulan gelombang
mikro adalah munasabah.
_________________________________________________________________________________________
There exists many ways to detect the ripeness of a fruit, but most of the time these methods are destructive, like for example, pressing the fruit or extracting the juice for chemical tests. The aim of this project is to develop a method to detect the degree of ripeness of a fruit without destroying it. This project is part of an ongoing effort carried out in USM. In this year's project, microwave signal will be used to detect the degree of ripeness of the fruit. Two axial mode helical antennas are used, one as the transmitter, and the other as the receiver. The transmitter will radiate the microwave signal towards the fruit, and the receiver will pick up the microwave signal that is reflected from the fruit. The strength of the reflected microwave signal will show how ripe the fruit is.
This is because fruits with different degree of ripeness have different chemical (internal) composition and the reflection of microwave signal will depend on the chemical composition. So, it is expected that fruits with different degree of ripeness will reflect microwaves with different strength. The strength of the reflected microwave signal is also sampled at different instances using analogue-to-digital converters. Sampling is needed to obtain the transient response of the reflected microwave signal. The transient response pattern could also give information about the degree of fruit ripeness because, fruits with different degree of ripeness will reflect microwave signal with different transient response pattern. Bananas are used in this project. Two levels of banana ripeness is tested, ripe and unripe. The results obtained are analysed to determine the degree of ripeness of the bananas. The results do show some difference between ripe and unripe bananas, therefore the concept of using microwave reflection to detect the degree of fruit ripeness is feasible.