Amina sering digunakan sebagai bahan pelarut kimia didalam proses pemanisan gas kerana keupayaannya untuk bertindak sebagai penyerap dua jenis gas berasid. CO2 and H2S merupakan dua acid gas utama yang perlu disingkirkan kerana ia boleh menyumbang kepada masalah persekitaran dan juga masalah di dalam saluran paip. Alkanolamina seperti MEA, DEA, dan MDEA merupakan jenis amina yang sering digunakan di dalam industri sebagai proses pemanisan gas. Disamping itu, penyelidikan terkini telah membuktikan bahawa amina campuran merupakan salah satu cara untuk meningkatkan penyerapan gas beracid dan juga mengurangkan masalah hakisan didalam saluran paip. Dalam pembelajaran ini, proses pemanisan gas atau juga dikenali sebagai proses penyingkiran gas telah di bentuk di dalam ASPEN Plus, dimana amina tunggal (MEA, DEA, and MDEA) dan amina campuran MEA dan MDEA dari pelbagai komposisi telah diuji. Sebanyak 30wt% jumlah amina telah ditetapkan sebagai pelarut dan juga tiga komposisi berlainan amina campuran MEA+MDEA seperti 10/20wt%, 15/15wt% and 20/10wt% of MEA/MDEA telah digunakan. Simulasi keadaan tetap dan pengoptimuman telah dijalankan dan dua parameter iaitu suhu dan tekanan pada absorber telah digunakan bagi tujuan pengoptimuman. Dengan membandingkan amina tunggal, MEA telah menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam menyerap CO2, manakala MDEA memberikan penyerapan tinggi terhadap H2S. Dengan membandingkan amina tunggal dan campuran dalam simulasi keadaan tetap pula, keputusan menunjukkan bahawa amina campuran dengan 10/20wt% daripada MEA/MDEA memberikan hasil yang terbaik dengan pecahan mol CO2 dan H2S yang rendah, iaitu 0.0065 dan 2.296X10-5 pada saluran keluar, dan amina campuran 20/10wt% daripada MEA/MDEA memberikan hasil yang terbaik dalam simulasi pengoptimuman iaitu sebanyak 0.0023 dan 9.081X10-6. Amina campuran bukan sahaja memberi pemilihan yang tinggi terhadap penyerapan gas berasid, tetapi juga mempunyai manfaat dalam mengurangkan hakisan di dalam saluran paip.
_______________________________________________________________________________________________________
Amines are widely used as chemical solvents in natural gas sweetening process because of its ability in absorbing two acid gases. CO2 and H2S are two major acid gases that need to be removed because it contributes to the environmental and also pipeline problem. Alkanolamines such as MEA, DEA, and MDEA are types of amines that are commonly used in industry for gas sweetening process. Besides that, the recent research proves that mixed amine could be one of the improvement methods that could enhance the absorption of acid gases and reducing the corrosion problem nowadays. In this study, the gas sweetening or acid gas removing process were developed in ASPEN Plus, where sole (MEA, DEA, and MDEA) and mixed MEA and MDEA at three different compositions were tested. 30wt% of amine was fixed as solvent where different composition of mixed MEA+MDEA which are 10/20wt%, 15/15wt% and 20/10wt% of MEA/MDEA were chosen. Steady-state and optimization simulation were done and two parameters that used for optimization purpose are temperature and pressure of the absorber. By comparing the sole amines, it shows that MEA shows the better performance in absorbing CO2, while MDEA gives high absorption of H2S. While by comparing sole and mixed amine in the steady-state simulation, results shows that mixed amine with 10/20wt% of MEA/MDEA gives the best results by having low mole fraction of CO2 and H2S in the outlet, which are 0.0064981 and 2.29548-05, and mixed amine with 20/10wt% of MEA/MDEA gives the best results in optimization simulation which are 0.00234951 and 9.08171-06. Mixed amines not only give high selectivity towards acid gas absorption, but also have benefit in reducing corrosion in pipeline.