Sistem pengagihan kuasa moden mengandungi beban yang linear dan beban yang tidak linear. Faktor kuasa bagi beban moden terdiri dari perbezan fasa yang disebabkan oleh beban linear dan herotan arus yang disebabkan oleh beban tidak linear. Gabungan beban-beban ini menyebabkan faktor kuasa menjadi begitu rendah yang boleh menyebabkan kehilangan kuasa yang lebih tinggi, kerosakkan pada perkakasan dan kos yang meningkat bagi kuasa yang tidak digunakan. Di dalam projek ini, penuras pasif telah digunakan untuk mengurangkan herotan, dan pada masa yang sama, ia meningkatkan paras faktor kuasa. Cara in dilaksanakan dengan menggunakan penuras pasif yang telah direka dengan mengunakan komponen pasif seperti perintang, pearuh, dan kapasitor. Cara ini sepatutnya dapat mengurangkan tahap herotan ke tahap yang telah ditetapkan IEEE 159-1992 iaitu 20% tahap herotan arus, THDI. Dengan menggunakan cara ini, ia juga dapat meningkatkan tahap faktor kuasa kepada 0.85, atau lebih (pf ≥ 0.85). MDB PPKEE telah dipilih sebagai model dalam projek ini sebagai beban moden. Perisian POWERSIM telah digunakan untuk menganalisis litar setara MDB PPKEE dan menjalankan eksperimen pemasangan penuras pasif dan melihat keberkesanannya. Eksperimen di dalam makmal pula dijalankan berdasarkan litar yang digunakan di dalam simulasi dan faktor kuasa telah ditingkatkan dari 0.65 ke 0.96 menggunakan penuras pasif dengan C=360μF dan L=3.127mH.
_______________________________________________________________________________________________________
Modern power distribution system contains linear and non-linear loads. Power factor of modern load consist of phase different factor due to linear loads, and current harmonic factor due to non-linear loads. These combinations of load causing a poor power factor level which can cause higher power losses, damage to equipment, and high cost for non-usable power. In this project, passive filter has been applied to reduce the harmonics and at the same time, improve the power factor level to specified value. The method was applied a designated band-pass passive filter using passive components such as resistor, inductor, and capacitor. This method should be able to reduce the harmonic level to the IEEE 519-1992 standard value which is 20% of harmonic current, THDI. By using passive filter, it must also improve the power factor level to 0.85 or more (pf ≥ 0.85). MDB PKEE was chosen as modern power distribution system model for this project. POWERSIM software was used in this project for analyze the equivalent circuit of MDB PPKEE and experiment the implementation of passive filter to see the effectiveness of the passive filters. Lab experiment was done based on the simulation circuit and the power factor is improved from 0.65 to 0.96 by using passive filter with C=360μF and L=3.127mH.