(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Perbandingan ciri konkrit asfalt yang dihasilkan melalui proses basah dan proses kering

Perbandingan ciri konkrit asfalt yang dihasilkan melalui proses basah dan proses kering / Busra Bahron
Pelbagai jenis bahan berbitumen telah digunakan dalam pembinaan jalan dan lebuh raya. Bahan berbitumen seperti konkrit asfalt direkabentuk untuk jangka hayat yang panjang dan berupaya memainkan peranan yang diharapkan pada sesuatu turapan bermutu tinggi. Namun begitu, akibat daripada pembebanan yang berulang ulang, proses penuaan daripada perubahan suhu yang tidak menentu dan juga dari sinaran ultraviolet, konkrit asfalt cenderung untuk mengalami kegagalan. Sehubungan dengan itu, kajian telah dilakukan dengan mencampurkan bahan tambah seperti bahan getah ke dalam campuran konkrit asfalt bagi meningkatkan mutu turapan. Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan konkrit asfalt campuan getah dengan bahan tambah craabit secara proses basah. Perbandingan dilakukan antara dua proses utama konkrit asfalt campuran getah iaitu proses basah dan proses kering. Berdasarkan keputusan hasil daripada kajian yang dijalankan, jelas membuktikan keupayaan proses basah dalam menghasilkan konkrit asfalt campuran getah adalah lebih baik berbanding proses kering dengan mengambil kira kelebihan ciri fizikal dan daripada ujikaji yang telah dijalankan. Konkrit asfalt campuran getah secara proses basah berpotensi lebih baik dalam merintangi ubah bentuk kekal dan juga merintangi masalah keretakan berbanding dengan proses kering. Perbezaan antara nilai optimum modulus kebingkasan proses basah dan kering adalah sebanyak 42% dengan nilai untuk proses basah adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan nilai kestabilan, pada mana perbezaan antara keduanya adalah 33%. Nilai kestabilan campuran proses basah sekali lagi sentiasa lebih tinggi daripada proses kering. _______________________________________________________________________________________________________ A variety of mix type have been used in road and highway design. Pavement materials such as asphalt concrete normally has design life for about 10 years and capable to play its role as a high quality pavement. However, because of repeated loading, effects of ageing due to temperature changes and ultraviolet, the design life can be shortened. To mitigate this, researches have been done by adding crumb rubber into bitumen or asphalt concrete mixture to increase the quality of the mix. Scrap tire rubber can be incorporated into asphalt paving mixes using two different methods referred to as the wet process and the dry process. This research attempts to compare performance of mix between these two methods. From the laboratory result, it can be concluded that the wet process method is better in order to produced high performance asphaltic mix. This asphalt modified bitumen using wet process, have better potential in resisting the permanent deformation and also solving the problem of cracking compared to dry process. The different between these two processes, in resilient modulus parameter is 42%. The value of wet process is always higher than the dry process. It is same with the stability value where the wet process value is higher than the dry process. The different percent between these processes are 33%.
Contributor(s):
Busra Bahron - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001963
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
Pavement; asphalt; concrete
First presented to the public:
4/1/2005
Original Publication Date:
9/25/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 120
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-25 15:46:30.682
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Perbandingan ciri konkrit asfalt yang dihasilkan melalui proses basah dan proses kering1 2020-09-25 15:46:30.682