(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Perception of flood risk in northeast Penang Island

Perception of flood risk in northeast Penang Island / Mohamad Fikhri Mohd Najib
Banjir adalah fenomena bencana alam di Malaysia. Akibat daripada bencana ini, terdapat kehilangan nyawa, kerugian ekonomi dan alam sekitar. Kajian ini tertumpu kepada persepsi banjir oleh penduduk di Timur Laut Pulau Pinang. Borang soal selidik telah diedarkan untuk mendapatkan persepsi penduduk di Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Air Itam pada risiko terhadap kehidupan dan kesihatan, risiko terhadap kerugian ekonomi dan risiko terhadap kerosakan alam sekitar. Kebimbangan utama terhadap risiko di kalangan responden di ketiga-tiga lokasi adalah risiko terhadap kerugian ekonomi. Responden beranggapan bahawa pengalaman banjir sebelum ini dan keadaan di kawasan banjir mempengaruhi persepsi terhadap risiko. Hasil daripada ujian-t menunjukkan bahawa bangsa Melayu mempunyai kebimbangan yang lebih tinggi berbanding bangsa lain, dan responden yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 lebih bimbang terhadap kerugian ekonomi. Daripada ujian ANOVA, responden di Jalan P. Ramlee dan Jalan Masjid Negeri mempunyai persepsi yang sama tetapi lebih tinggi berbanding responden dari Jalan Air Itam terhadap pandangan umum mengenai banjir dan risiko, risiko terhadap kerugian ekonomi dan risiko terhadap kerosakan alam sekitar. Kebimbangan utama responden di ketiga-tiga lokasi itu ialah risiko terhadap kerugian ekonomi. Bagaimanapun kerugian ekonomi ini dikaitkan dengan punca banjir. Penyelesaian yang disyorkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah untuk melebarkan Sungai Pinang di Jalan P. Ramlee. Manakala Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mencadangkan untuk membesarkan saiz parit dan menurap jalan lebih tinggi di kawasan tanah rendah bagi Jalan Masjid Negeri dan Jalan Air Itam. _______________________________________________________________________________________________________ Flood is a natural disaster phenomenon in Malaysia. Due to this disaster, there were huge losses of lives, economic and environment. This research focuses on the perception of flood by residents in Northeast Penang Island. A questionnaire was distributed to investigate the perceptions of residents in Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri and Jalan Air Itam towards risk for life and health, risk for economic loss and risk for environmental loss. The main concerns of risk among respondents in the three locations were risk for economic loss. Previous flood experiences and situations in the flood area effects the perception of risk. The results from the t-tests show that Malays have higher concerns than other races, and those who have income less than RM2,000 is more concern with economic loss. From the ANOVA test, the respondents in Jalan P. Ramlee and Jalan Masjid Negeri have equal perception, but higher than respondents in Jalan Air Hitam on general view on flood and risks, risk for economic loss and risk for environmental loss. The main concerns of respondents in the three locations were risk of economic loss. However, this economic loss was associated with the cause of flood. The solutions suggested by Department of Irrigation and Drainage (DID) was to widen the Sungai Pinang in Jalan P. Ramlee. While City Council of Penang Island (MBPP) suggested to increase the size of drainage and paved the road higher in low ground in Jalan Masjid Negeri and Jalan Air Itam.
Contributor(s):
Mohamad Fikhri Mohd Najib - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875005579
Language:
English
Subject Keywords:
Flood; disaster; loss
First presented to the public:
6/1/2015
Original Publication Date:
7/29/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 67
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-07-29 09:59:13.543
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Perception of flood risk in northeast Penang Island1 2020-07-29 09:59:13.543