Membran PVA dan PVA yang digabungkan dengan tiub nano karbon membran nanokomposit (PVA/MWCNT) digunakan sebagai penyerap untuk menghilangkan metilena biru dari air berair. Beberapa kondisi penjerapan seperti masa kenalan, suhu dan kepekatan awal metilena biru (MB) juga disiasat untuk menentukan keadaan yang optima untuk penjerapan ini. Selepas 4 jam, tidak ada perubahan yang jelas dalam penyerapan pewarna MB pada permukaan membran PVA dan membran nanokmposit PVA/MWCNT. Kapasiti penjerapan pada keseimbangan untuk membran PVA adalah 0.102 mg/g manakala membran nanokomposit PVA/MWCNT adalah 0.146 mg/g pada 20 ℃. 4 jam adalah masa optima untuk proses penjerapan ini dan masa penjerapan untuk mengkaji kesan kondisi penjerapan lain ditetapkan kepada 4 jam. Ia juga mendapati bahawa kapasiti penjerapan membran PVA menurun sementara kapasiti penjerapan membran nanokomposit PVA/MWCNT meningkat dengan peningkatan kepekatan permulaan MB pewarna dari 1.0 mg /L hingga 4.0 mg /L. Selain itu, kapasiti penjerapan membran PVA menurun manakala kapasiti penjerapan membran nanokomposit PVA/MWCNT meningkat dengan peningkatan suhu dari 25 ℃ hingga 40 ℃. Sebaliknya, data keseimbangan adsorpsi untuk membran PVA didapati selari dengan model isotherma Langmuir jenis I manakala untuk membran nanokomposit PVA / MWCNT didapati selari dengan model isoterma Langmuir jenis I and II. Kinetik adsorpsi penyingkiran perwana MB menggunakan membran PVA dan membran nanokomposit PVA / MWCNT juga baik diterangkan oleh model pseudo tertib kedua.
_______________________________________________________________________________________________________
The PVA membrane and PVA incorporated with carbon nanotube (PVA/MWCNT) nanocomposite membrane were used as adsorbent to remove methylene blue from aqueous water. Several conditions of adsorption such as contact time, temperature and initial concentration of methylene blue were also investigated to determine the optimum condition of the adsorption. After 4 hours, there was no visible change in the removal of methylene blue (MB) dye on PVA membrane and PVA/MWCNT nanocomposite membrane surface. The adsorption capacity at equilibrium for PVA membrane was 0.102 mg/g while PVA/MWCNT nanocomposite membrane was 0.146 mg/g at 20℃. It was found that 4 hours is the optimized contact time for the adsorption process. The adsorption capacity of PVA membrane decreases while adsorption capacity of PVA/MWCNT nanocomposite membrane increases with increase in the initial concentration of MB dye from 1.0 mg/L to 4.0 mg/L. Besides, the adsorption capacity of PVA membrane decreases while adsorption capacity of PVA/MWCNT nanocomposite membrane increases with increase in the temperature from 25℃ to 40℃. On the other hand, the adsorption equilibrium data for PVA membrane was found to be well fitted with the type I of the Langmuir isotherm model while for PVA/MWCNT nanocomposite membrane it was found to be well fitted with both type I and type II of Langmuir isotherm model. Adsorption kinetics of MB dye removal using PVA membrane and PVA/MWCNT nanocomposite membrane was better described by pseudo-second order model.