Gegaran yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti industri seperti pemacuan cerucuk,
letupan kuari, trafik dan mesin gegaran akan mengakibatkan ketidakselesaan kepada
manusia dan kerosakan kepada struktur bangunan. Dengan itu, satu sistem pencerapan dan
analisis gegaran diperlukan untuk menganggarkan kesan-kesan gegaran. Untuk projek ini,
sistem pencerapan gegaran trafik telah dijalankan dengan menggunakan sistem μMX.
Selepas itu, kesan-kesan gegaran trafik akan dinilai dengan merujuk kepada gambar rajah
dan jadual piawaian kerosakan struktur bangunan. Aras gegaran trafik boleh dipengaruhi
oleh faktor-faktor seperti keadaaan jalan, kelajuan kenderaan, berat kenderaan, keadaan
tanah, sistem ampaian kenderaan dan jarak antara struktur dengan jalan. Bagi projek ini,
ciri-ciri gegaran trafik iaitu berat kenderaan dan jarak dari tengah jalan akan dibincangkan.
Bagi kajian pertama, data-data gegaran akan dicerap daripada pelbagai kategori kenderaan.
Keputusan membuktikan bahawa jika berat kenderaan semakin tinggi, maka aras gegaran
akan semakin meningkat. Bagi kajian kedua, data-data gegaran lori besar akan dicerap
dengan perubahan jarak dari punca gegaran. Selepas itu, keputusan akan dibandingkan
dengan data-data gegaran pergerakan kereta api. Keputusan menunjukkan bahawa bentuk
graf taburan halaju puncak bagi kenderaan lori besar adalah agak sama dengan gegaran
pergerakan kereta api, walaupun penjanaan tenaga mereka adalah berbeza. Keputusan
projek ini dapat digunakan sebagai garis panduan untuk menganggarkan kesan-kesan
gegaran trafik kepada struktur bangunan dan manusia yang berhampiran.
_______________________________________________________________________________________________________
Vibrations caused by industrial activities such as piling, rock blasting, traffic, and
vibrating machinery result as annoyance to human beings and generate possible structural
damages. Therefore, vibration monitoring and analysis are required to predict the effects of
the vibrations. In this project, measurement of the traffic-induced vibrations has been
carried out by using the μMX system. The effects of traffic vibration have been evaluated
by using some standard structural damaging figures and tables. Several factors might have
contributed to traffic vibration levels, such as road condition, vehicle speed, vehicle weight,
soil conditions, vehicle suspension system, and distance between the structure and the road.
The characteristics of the traffic vibration in terms of the vehicle weight and distance to
road center were discussed. For the first study, vibrations data were collected on different
categories of vehicle. The results proved that the heavier the vehicle, the vibration level
will be increased. For the second study, truck vibration data were collected with varying
distances from the source. Then, the results were compared with the data of train motion
induced vibration. The results showed that the trend of the peak velocity distribution graph
for truck vehicle was similar with train motion vibration, even though the delivered energy
between them was different. The results of this project can be used as a guide in predicting
the effects of the traffic induced vibration to the nearby buildings and human beings.