Pembelajaran mengenai kapal angkasa menjadi semakin maju dalam kebanyakan negara. Kesaling-bergantungan antara pengetahuan sains, teknologi dan kejuruteraan telah memberikan penggambaran yang menarik dari segi pembelajaran kapal angkasa. EyasSat telah membekalkan satu peluang untuk mahasiswa bagi mendapatkan pengalaman amali dalam bengkel-bengkelnya. Satelit ini telah memajukan pengajaran kejuruteraan sistem kapal angkasa dan memperbaiki pengalaman dalam pembelajaran. Pembangunan kelas satelit merupakan projek nano-satelit yang amat berguna, di mana melibatkan pembinaan, pengujian, serta boleh diorbitkan dalam kelas atau makmal tersebut. Demi lebih memahami prinsip kerja satelit tersebut, EyasSat boleh dinyahpasang dengan mudah untuk satelitnya. Satelit terdiri daripada sistem kuasa, pengendalian data, komunikasi dan penentuan ketinggian serta kawalan. Semua sistem tersebut telah ditunjukkan. Setiap susunan modul boleh diuji secara individu ataupun integrasi. EyasSat telahpun digunakan dalam beberapa pendidikan ilmu angkasa termasuklah sekolah menengah tinggi, universiti dan penyelidikan iktisas. Konsep keseluruhan, pengujian dan keputusan bagi setiap sub-sistem telah dikemukakan.
______________________________________________________________________________________