Satu rekabentuk bekalan kuasa arus terus berkapasiti tinggi dilakukan tanpa penggunaan transformer. Transformer telah diganti dengan penggunaan topologi pemenggal buck (langkah turun). Litar ini digunakan untuk menghasilkan rekabentuk bekalan kuasa mod pensuisan 1200Watt. Pengiraan komponen dikira terlebih dahulu. Rectifier tiga fasa penuh direkabentuk di atas kepingan prospek dengan menggunakan enam biji diod jenis 40HF(R). Ia digunakan untuk menukar bekalan arus ulang alik kepada arus terus. Setelah itu, litar pensuisan didirikan daripada litar pensuisan PWM menggunakan SG3524 dan cip pemacu IR2110. Litar ini digunakan untuk menghasilakan dedenyut segiempat. Hasil keluaran gelombang diperhatikan pada osiloskop yang memberi nilai frequensi 100 kHz dan kitar tugasan 76%. Selepas keluaran gelombang yang diperlukan sudah diperolehi, litar pemenggal buck direka dan kesemua litar rectifier, litar pensuisan dah litar pemenggal buck digabung untuk menguji kebolehan litar ini beroperasi. Didapati litar ini boleh beroperasi namun tiada kestabilan semasa beroperasi. Masukan voltan hanya sehingga 60V dan kitar tugas sehingga 50% sahaja yang dapat diuji.
____________________________________________________________________________________________
A dc power supply large capacity is design without transformer isolation. A transformer has been replacing by a buck regulator which is used to step down the ac input voltage to dc output voltage. A buck converter topology has been used in designing a 1200W switch mode power supply to replace the transformer isolation. To design this power supply, the parameters value is need to calculate first. A three-phase bridge rectifier has been built on a prospect by using six diodes type 40HF(R). It is use to convert an ac voltage to dc voltage. Then, a PWM switching is built on PCB by using SG3524 IC and IR2110 to generate a trigged waveform to give a signal to MOSFET to switch on or off the circuit. In this project, the duty cycle, k = 76% and a switching frequency, f = 100 kHz have been fixed. The output can be observed by using oscilloscope. Then, circuit of buck converter is built and tests are done in the circuit. All circuit, rectifier, switching and buck regulator has been combined together to do a test. As a result, the circuit is can function, but it is not stable while operate. This project only can operate with input voltage up to 60V and the duty cycle up to 50% only.