Projek tahun akhir ini melibatkan reka bentuk penganalisa frekuensi software. Reka bentuk penganalisa frekuensi software ini bertujuan untuk mendapatkan komponen frekuensi bagi sebarang jenis isyarat untuk tujuan analisa. Isyarat-isyarat ini diolah dengan menggunakan perisian MATLAB. Perisian MATLAB digunakan kerana ia mudah untuk melakukan operasi matematik yang kompleks. Sebelum kerja-kerja reka bentuk dilakukan, kajian mengenai analisis matematik, teori dan perisian dilakukan terlebih dahulu. Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan kefahaman dan juga mendapatkan idea untuk tujuan reka bentuk nanti. Selepas itu barulah kerja-kerja reka bentuk dijalankan. Langkah-langkah reka bentuk termasuklah pengelasan setiap jenis isyarat, kaedah olahan ataupun algoritma yang digunakan, analisis matematik dan teori, pelaksanaan atur cara dan juga paparan akhir kepada pengguna. Pengelasan isyarat dibuat untuk memudahkan lagi pembinaan algoritma. selepas pengelasan isyarat dibuat, algoritma dibina untuk setiap kelas isyarat. Dengan berpandukan algoritma yang telah dibina, barulah atur cara perisian ditulis. Selepas itu atur cara dilaksanakan dan pengujian dilakukan untuk memastikan penganalisa frekuensi yang dibangunkan ini boleh dipercayai (‘reliable’). Di akhir projek reka bentuk ini, setiap jenis isyarat dipaparkan di dalam domain-masa dan domain-frekuensi. Paparan ini akan dibuat perbandingan dengan contoh dari analisis matematik dan teori untuk memastikan penganalisa frekuensi ini mendapat output yang dikehendaki.