(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Effectiveness of trihalomethane (thm) precursors removal in groundwater using coagulant-disinfectant / Nur Nadia Ab Kadir

Effectiveness of trihalomethane (thm) precursors removal in groundwater using coagulant-disinfectant_Nur Nadia Ab Kadir_A9_2017_MYMY
Trihalometana (THM) merupakan salah satu produk sampingan disinfeksi (DBP) yang terbentuk hasil tindak balas bahan pembasmi kuman dengan bahan organik semulajadi dalam rawatan air minuman. Bahan organik semulajadi perlu dihapuskan melalui proses rawatan air. Oleh itu, kajian ini telah menggunakan serbuk komersial penggumpal (ferik sulfat) - disinfektan (kalsium hipoklorit) bagi merawat air dan ujian balang juga telah dijalankan untuk mengetahui keberkesanan penyingkiran bahan organik semulajadi di dalam air bumi dengan mengaplikasikan dua jenis bahan penggumpal yang berbeza dengan disinfektan. Dalam kajian ini, ferik sulfat Fe2(SO4)3 dan ferik klorida (FeCl3) telah digunakan sebagai bahan penggumpal. Sampel air telah diuji untuk beberapa parameter seperti tahap kekeruhan, kandungan karbon organik terlarut (DOC), UV254 and SUVA. Pertamanya air bumi telah dirawat menggunakan serbuk komersial penggumpal-disinfektan. Dengan penggunaan serbuk komersial ini, ia dapat mengurangkan tahap kekeruhan sebanyak 28.36% - 48.68% manakala kadar peratusan penyingkiran terhadap UV254 adalah di antara 12.12% - 34.11% di mana ia menunjukkan kadar peratusan lebih rendah berbanding dengan peratusan penyingkiran tahap kekeruhan di dalam sampel air. Selain itu, penggunaan serbuk komersial ini mendapati bahawa DOC menunjukkan kadar peratusan penyingkiran yang sangat rendah iaitu di antara 2.14% - 12.94%. Disebabkan peratusan penyingkiran yang rendah, masih berlakunya tindak balas di antara disinfektan dan bahan organik semulajadi yang menyebabkan terbentuknya THM di dalam air. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kloroform dan bromodiklorometana menunjukkan pembentukan THM melebihi kadar yang telah ditetapkan di mana masing-masing melebihi 0.200 mg/L dan 0.060 mg/L. Penggunaan penggumpal berasaskan ferik, telah menunjukkan peratusan penyingkiran lebih tinggi jika dibandingkan dengan penggunaan serbuk komersial penggumpal-disinfektan. Ferik sulfat menunjukkan bahawa ia sesuai digunakan untuk tujuan penyingkiran kekeruhan di mana peratusannya mencapai 50.51% manakala ferik klorida pula lebih baik untuk tujuan penyingkiran UV254 di mana peratusannya mencapai sebanyak 80.76%. Di dalam kajian ini, terdapat beberapa kondisi pH dan kandungan penggumpal telah di uji. Di antara kesemua kondisi pH dan kandungan bahan penggumpal yang telah dikaji, di tahap pH 5.5, THM telah menunjukkan pembentukan paling rendah untuk kedua-dua jenis penggumpal jika dibandingkan dengan tahap kondisi pH yang lain tetapi masih melebihi tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kesan daripada lebihan pembentukan THM di dalam air akan memberi impak negatif kepada kesihatan manusia di mana mereka berpotensi menghidap penyakit kanser jika mereka mengambil atau menggunakan air tersebut dalam tempoh yang berterusan. __________________________________________________________________________________ Trihalomethanes (THMs) is one of disinfection by-products (DBPs) groups and it will form due to the reaction between disinfectant and NOM in treated drinking water. Thus, as THM precursors, NOM needs to be removed through water treatment process. Therefore, this study applied commercialized coagulant-disinfectant powder, and carried out jar test applying two ferric-based coagulants, simultaneously with disinfectant, both to determine the effectiveness of THM precursors removal from groundwater. The coagulants applied in this study were, ferric sulphate and ferric chloride. Selected water quality parameter such as turbidity, DOC, UV254 and SUVA were tested for all water samples. For the first part, groundwater was treated by using commercialize coagulant-disinfectant powder. By using this commercialized powder, about 28.36% - 48.68% of turbidity has been removed while for UV254, range of the percentage removal obtained was between 12.12% - 34.11% which was less than turbidity removal. Besides, it was found that, DOC had a very poor removal, only 2.14% - 12.94%. By using this commercialized powder, chloroform and bromodichloromethane were found to exceed the limit specified by Ministry of Health, greater than 0.200 mg/L and 0.060 mg/L, respectively. On the other hand, the use of ferric-based coagulant provided a higher percentage removal for all parameters compared to commercialize coagulant-disinfectant. Ferric sulphate showed to have a good turbidity removal, the highest at 50.51% while ferric chloride is great in UV254 removal, as the percentage removal obtained reached until 80.76%. From the various conditions of pH and coagulants dose tested, at pH 5.5, THMs formed less for both coagulants compared to other pH levels, though all those values still exceeded the limit. Previous study found that, there will be adverse health effects to human which includes potential to get cancer disease due to long term use/consumption of water with elevated THM level.
Contributor(s):
Nur Nadia Ab Kadir - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875008754
Language:
English
Subject Keywords:
Trihalomethanes; commercialized; , chloroform
Sponsor - Description:
Pusat pengajian Kejuruteraan Awam -
Originally created:
8/1/2017
Original Publication Date:
3/12/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 175
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-03-12 10:14:50.627
Date Last Updated
2020-12-01 15:09:57.793
Submitter:
Mohamed Yunus Yusof

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Effectiveness of trihalomethane (thm) precursors removal in groundwater using coagulant-disinfectant / Nur Nadia Ab Kadir1 2020-03-12 10:14:50.627