(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Effects of adhesion failure on moisture damage of warm mix asphalt containing cecabase additive / Muhammad Rafiq Khan Kakar

Effects of adhesion failure on moisture damage of warm mix asphalt containing cecabase additive_Muhammad Rafiq Khan Kakar_A9_2015_MFAR
Campuran asfalt bersuhu sederhana (WMA) adalah teknologi yang membolehkan pengurangan ketara suhu pencampuran dan pemadatan campuran asfalt panas lazim. Teknologi ini boleh menjimatkan kos, meningkatkan kebolehkerjaan, mengurangkan kesan pengeluaran gas rumah hijau dan mesra alam. Walau bagaimanapun, WMA mudah terdedah kepada kerosakan lembapan sebagai akibat suhu pengeluaran yang lebih rendah. Hal yang demikian menyebabkan kegagalan rekatan, dan seterusnya pelucutan pengikat asfalt daripada agregat. Dalam kajian ini, bahan tambah campuran suam Cecabase digunakan untuk menurunkan suhu pengeluaran dan meningkatkan keboleh-rekatan asfalt dengan agregat. Pengikat jenis PG-64 dan PG- 76 digunakan untuk menyediakan spesimen ujian. Bertindak sebagai surfaktan apabila dicampurkan dengan pengikat asfalt, Cecabase menggalakkan rekatan pada antara muka pengikat asfalt dan agregat. Keputusan ujian makmal secara keseluruhannya menunjukkan bahawa penambahan Cecabase tidak memberi kesan yang ketara ke atas reologi bahan pengikat dan kandungan pengikat optimum. Pendekatan baru melalui analisis imej digunakan untuk mengklasifikasikan kerentanan kegagalan rekatan dalam campuran asfalt sebagai akibat kerosakan lembapan. Hasil kajian menunjukkan kegagalan rekatan meningkat dengan bilangan kitaran beku dan cair dan campuran yang mengandungi pengikat PG-76 mempamerkan kegagalan rekatan yang lebih rendah berbanding pengikat PG-64. Ujian tegangan langsung substrat pengikat-agregat dan ujian tarik-keluar dijalankan untuk menilai kegagalan rekatan. Peralatan makmal vakum tepu (ALVS) penyesuaian lembapan digunakan untuk menyediakan spesimen pengikat-agregat. Keputusan ujian menunjukkan pengikat asfalt yang didedahkan kepada pengusiaan jangka pendek dan jangka panjang, lebih mudah terdedah kepada kerosakan lembapan apabila ditindaki ALVS. Untuk mendapatkan gambaran asas, Tenaga Permukaan Bebas (SFE) pengikat terubahsuai Cecabase dinilai menggunakan sudut sentuh Goniometer dan peranti plat dinamik Wilhelmy. Pengukuran analitik berdasarkan keputusan SFE menunjukkan Cecabase meningkatkan kebolehsebaran pengikat untuk lebih mudah menyaluti permukaan zarah agregat. Tambahan pula, kerja rekatan meningkat dengan penambahan Cecabase. Nisbah keserasian menggambarkan pengaruh lembapan dan menunjukkan bahawa rintangan terhadap kegagalan lembapan agregat granit adalah lebih rendah berbanding agregat batu kapur. Warm Mix Asphalt (WMA) is a technology that allows significant reduction in mixing and compaction temperatures of conventional hot mix asphalt. It is a cost effective technology that can improve mixture workability, reduces greenhouse gas emissions, and is environmental friendly. However, WMA is susceptible to moisture damage due to its lower production temperature. This can cause adhesion failure, hence stripping of asphalt binder from the aggregates. In this research, Cecabase warm mix additive was used to lower the production temperature and enhance the asphalt binder adhesion properties with aggregate. Two binders, PG-64 and PG-76, were used to prepare the test specimens. As a surfactant and when blended with asphalt binder, Cecabase promotes adhesion at the binder-aggregate interface. Therefore, the overall laboratory test results showed that addition of Cecabase had no significant effects on binder rheology and optimum binder content. A novel approach using image analysis was used to measure the asphalt mixture adhesion failure susceptibility due to moisture damage. The results showed that adhesion failure increased with the number of freeze and thaw cycles and mixtures prepared with PG-76 binder exhibited lower adhesion failure compared to PG-64 binder. To assess the adhesion failure, binder-aggregate substrate direct tensile and pull-off tension tests were carried out. An accelerated laboratory vacuum saturator (ALVS) moisture conditioning was fabricated to condition the binder-aggregate specimens. The results indicated that short term and long term aged binders when subjected to ALVS, were susceptible to moisture damage. In order to gain fundamental insight, the Surface Free Energy (SFE) of Cecabase-modified binder was evaluated using contact angle Goniometer and dynamic Wilhelmy plate device. The analytical measurements based on SFE results showed that Cecabase improved the spreadibility of asphalt binder over the limestone aggregate particles. In addition, the work of adhesion improved with the addition of Cecabase. The compatibility ratio is an indicator of moisture susceptibility and indicated that the granite aggregates were less resistant to moisture damage compared to limestone aggregates.
Contributor(s):
Muhammad Rafiq, Khan Kakar - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875005899
Subject Keywords:
Warm mix asphalt (WMA) ; accelerated laboratory vacuum saturator (ALVS) ; surface free energy (SFE)
Sponsor - Description:
Pusat pengajian Kejuruteraan Awam -
First presented to the public:
8/1/2015
Original Publication Date:
5/24/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-05-24 15:10:59.82
Date Last Updated
2020-05-14 09:56:29.102
Submitter:
Mohd Fadli Abd. Rahman

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Effects of adhesion failure on moisture damage of warm mix asphalt containing cecabase additive / Muhammad Rafiq Khan Kakar1 2018-05-24 15:10:59.82