(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Trihalomethanes precursors removal by using simultaneous coagulation – disinfection

Trihalomethanes precursors removal by using simultaneous coagulation – disinfection / Nur Fariha Ismail
Air ialah komponen yang paling penting dalam evolusi dan kehidupan seharian. Kekurangan bekalan air bersih oleh sebab kehadiran bahan kimia bertoksik dan bakteria berbahaya boleh mendedahkan hidupan kepada penyakit bawaan air yang disebabkan oleh penggunaan air yang tercemar. Pembasmian kuman dalam air minuman mampu mengurangkan risiko penyakit patogenik namun boleh menyebabkan ancaman kimia kepada kesihatan manusia kerana pembentukan produk sampingan disinfeksi (DBPs) dengan kehadiran bahan organik semulajadi (NOM) dalam air. Kehadiran NOM telah menyebabkan banyak masalah dalam air minuman yang boleh disingkirkan melalui beberapa pilihan rawatan seperti penggumpalan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji keupayaan penyingkiran punca DBPs apabila proses penggumpalan dan pembasmian kuman digabungkan. Kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian pertama melibatkan keberkesanan antara penggumpal berasaskan ferik untuk proses penggumpalan manakala bahagian kedua melibatkan keberkesanan penyingkiran punca DBPs melalui proses penggumpalan serentak dengan pembasmian kuman. Beberapa parameter seperti tahap kekeruhan, UV254, dan warna telah diuji ke atas sampel mentah air sungai dan sampel air selepas dirawat untuk melihat kadar pengingkiran punca DBPs. Penggumpal yang digunakan dalam kajian ini ialah ferik klorida (FeCl3) manakala klorin (Cl2) dan klorin dioksida (ClO2) telah digunakan sebagai disinfektan. Berdasarkan kajian, peratusan tertinggi penyingkiran tahap kekeruhan ialah 99.74% dengan FeCl3 pada 20 mg/L dan kondisi pH 5.0. Penyingkiran UV254 yang terbaik telah dicapai pada 20 mg/L FeCl3 dengan kondisi pH 5.0 (55.68% penyingkiran). Pengurangan warna optimum adalah 82.59% pada pH 5.0 dengan 20 mg/L FeCl3. FeCl3 telah terbukti sebagai penggumpal yang baik dengan kondisi pH 5.0 dalam menyingkirkan punca DBPs. Menurut bahagian kedua kajian ini, gabungan antara FeCl3 sebagai penggumpal dan Cl2 sebagai disinfektan menyebabkan penyingkiran tahap kekeruhan dan UV254 yang tertinggi masing-masing pada 99.74% dan 55.68%. _______________________________________________________________________________________________________ Water is the most important component in our evolution and daily lives. Depletion of clean water supply due to presence of toxic chemicals and harmful bacteria may expose living things to waterborne diseases caused from the consumption of contaminated water. Disinfection in drinking water has significantly reduces the risk of pathogenic diseases but may cause chemical threat to human health due to disinfection by-products (DBPs) formation in the presence of natural organic matter (NOM) in water. The presence of NOM had caused many problems in drinking water, which can be removed by several treatment options such as coagulation. The main objective of this research is to study the ability of DBPs precursors removal when combining coagulation and disinfection process. This study was divided into two parts; the first part involved the effectiveness of ferric-based coagulant for coagulation process while the second part involved the THMs precursors removal and possible THM formation when using simultaneous coagulation and disinfection (chlorine and chlorine dioxide). Selected water quality parameters such as turbidity, UV254, and colour were tested for raw and treated water samples to observe the DBPs precursors removal. The coagulant used in this study was ferric chloride (FeCl3) while chlorine (Cl2) and chlorine dioxide (ClO2) were used as disinfectants. Based on the study, the highest percentage of turbidity removal was 99.74% with FeCl3 dosage at 20 mg/L and pH condition 5.0. Best UV254 removal was achieved at 20 mg/L FeCl3 dosage with pH condition 5.0 (55.68% removal). The optimum colour reduction was found to be 82.59% at pH 5.0 with FeCl3 dosage of 20 mg/L. FeCl3 was proven to be a better coagulant with pH condition 5.0 in removing DBPs precursors, when used alone. According to the result from the second part of this study, the combination between FeCl3 as coagulant and Cl2 as disinfectant had the highest turbidity and UV254 removal at 99.74% and 55.68% respectively.
Contributor(s):
Nur Fariha Ismail - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875008340
Language:
English
Subject Keywords:
Water; Depletion; contaminated
First presented to the public:
6/1/2019
Original Publication Date:
9/27/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 93
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-09-27 15:53:53.122
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Trihalomethanes precursors removal by using simultaneous coagulation – disinfection1 2019-09-27 15:53:53.122