Perkembangan bidang komunikasi tanpa wayar semakin meluas digunakan pada masa kini. Salah satu daripadanya ialah penggunaan antena dalam penghantaran data di antara antena pemancar dan antena penerima. Antena Aktif Bersepadu (AIA) merupakan satu teknologi baru yang menyepadukan elemen antena pasif dengan peranti aktif di dalam satu substrate. Di dalam projek ini, Antena Aktif Bersepadu iaitu antena tampal mikrostrip suapan sisipan disepadukan dengan penguat hingar rendah. Projek ini bertujuan untuk menyiasat keadaan sistem prestasi antena di dalam keadaan aktif dan pasif .Antena tampal suapan sisipan segiempat adalah dalam keadaan pasif manakala penguat hingar rendah adalah dalam keadaan aktif. Antena tampal mikrostrip ini sememangnya dikenali mudah untuk disepadukan dengan komponen aktif. Antena tampal mikrostrip ini akan disepadukan terus ke transistor untuk menghasilkan gandaan dan berhingar rendah. Lazimnya antena yang direkabentuk tidak disepadukan terus dengan komponen aktif yang menyebabkan hingar yang tinggi, tetapi dengan pendekatan Antena Aktif Bersepadu boleh mengurangkan hingar. Antena Aktif Bersepadu ini berfungsi pada frekuensi 2 GHz iaitu dengan menggunakan teknik suapan talian penghantaran dengan kesepadanan impedan pada 50 ohm. Teknik pemadanan amat penting dalam merekabentuk penguat berhingar rendah. Di samping itu, Antena Aktif bersepadu ini mempunyai banyak kelebihan seperti menjimatkan kos, saiz yang kecil dan mempunyai kebaikan dari segi ciri penyinaran untuk komunikasi tanpa wayar mikro gelombang.
_________________________________________________________________________________________
Nowadays, the developments of wireless communication fields are widely used. One of them is the usage of the antennas in data transmission between the receive antenna and the transmit antenna. Active Integrated Antenna (AIA) is a new technology that integrates the passive antenna element with active device in a single substrate. In this project, an inset feed microstrip patch antenna is integrated with a Low Noise Amplifier (LNA) to produce an AIA system. The purpose of this project is to investigate in terms of active and passive performance of the antenna. Indeed, this microstrip patch antennas are known to be easy to be integrated with active devices. This microstrip patch antennas will directly be integrated to the transistor, producing gains and low noise. Commonly, antennas that have been designed are not integrated directly to the active devices, causing high noise but with the AIA approach it could reduce the losses. This Low Noise Active Integrated Antenna (LNAIA) is resonated at 2 GHz that used transmission line feeding method with impedance matching at 50 ohm. The matching technique is important in designing the LNA. Besides that, this AIA’s have many advantages such as less cost, smaller size and good for radiation characteristic for microwave wireless communications.