Project ini memfokus kepada penubuhan sebuah penyelaku penerbangan menggunakan model kapal terbang sayap tetap yang mengandungi pergerakan enam darjah kebebasan yang tidak linear. Aplikasi utama penyelaku penerbangan ini adalah untuk meramalkan pergerakan enam darjah kebebasan kapal terbang apabila parameter reka bentuk kapal terbang tersebut diubah suai. Pemodelan kapal terbang dalam projek ini dicapai dengan menggunakan MATLAB dan Simulink yang mengandungi fungsi pemodelan dari AeroSim Blockset dan Aerospace Blockset. Sebuah penyelaku penerbangan sumber terbuka yang bername FlightGear Flight Simulator telah digunakan sebagai sekitaran penerbangan dalam penyelidikan ini. Projek ini bertujuan untuk meneroka potensi penyelaku penerbangan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan sains. Penyelaku penerbangan ini ditubuh secara kos efektif supaya ia boleh digunakan untuk menunjukkan aplikasi sains dan matematik di kalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan utama projek ini adalah untuk menyemai minat pelajar dalam bidang aeroangkasa. Projek ini juga bertujuan untuk mengalamatkan isu kritikal seperti keerosotan minat pelajar sekolah menengah dalam bidang sains dan matematik yang disebabkan oleh sukatan pelajaran kini yang kurang berkaitan dengan aplikasi dunia sebenar.
______________________________________________________________________________________
This study focuses on the development of a visual flight simulator with non-linear six degrees of freedom (6DOF) fixed wing aircraft model. The main application of the simulator is to predict the changes in the aircraft 6DOF motion with changes in the aircraft geometrical and design parameters. The aircraft model is completed using MATLAB and Simulink functions, such as the AeroSim Blockset and the Aerospace Blockset. An open- source flight simulator known as the FlightGear Flight Simulator is used as the simulation environment in this research. The intention of this study is to explore the potentials and usage of visual flight simulation in both education and scientific research. The development of the flight simulator is achieved in a cost-effective manner so that it can be used to demonstrate the application of science and mathematics to secondary school students. The main goal of the flight simulator platform is to inculcate learning interest of students in the field of aerospace studies. This is aimed to address the critical issue of decreasing secondary students’ interest in science and mathematics due to the detachment of current syllabus with real world applications.