(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Keupayaan penyusupan

Keupayaan penyusupan / Nasruddien Mohd Nor Saidi
Konsep kawalan kuantiti dan kualiti air larian hujan didalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang dicadang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dipraktikkan dalam kajian ini melalui penggunaan kaedah penyusupan. Kajian penyusupan yang dijalankan merupakan kaedah kawalan bagi mengurangkan sumber air larian permukaan yang mengakibatkan masalah banjir di bandar-bandar besar. Kajian ini dijalankan di dalam daerah Butterworth iaitu. Perincian kawasan adalah di zon 1 dan zon 2. Kajian menunjukkan tanah yang tergred baik akan mempunyai nilai penyusupan yang tinggi. Kaedah ujikaji yang digunakan adalah seperti kaedah Double Ring Infiltrometer , analisis ayak dan ujikaji turus menurun bagi mendapatkan data-data berkaitan dengan penyusupan, jenis tanah dan nilai pekali kebolehtelapan. Sampel-sampel tanah terganggu yang dijalankan ujikaji akan dianalisa untuk mencari hubungan diantara jenis tanah, nilai pekali kebolehtelapan dan nilai pekali penyusupan. Segala jenis faktor yang telah dikenalpasti turut dikaji dalam projek ini. Akhir sekali, satu peta daerah berdasarkan kapasiti penyusupan akan dihasilkan untuk tujuan pembangunan di daerah Butterworth. Peta ini juga akan dibandingkan dengan peta yang dihasilkan di kampus kejuruteraan berdasarkan indeks penyusupan. _______________________________________________________________________________________________________ In this research, the Department of Irrigation and Drainage Malaysia has proposed a concept by Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) to implement the infiltration method for controlling the quantity and quality of surface runoff. The purposed of using this infiltration method is to reduce the volume of surface runoff and eliminate the flood problems in major cities. The location is around the Butterworth area which is in zone 1 and zone 2. The result shows that well graded soil will increase the infiltration rate. The double ring infiltrometer test, sieve analysis and falling head permeability test is use to determine the value of infiltration coefficient, soil properties and permeability coefficient. By using the disturbed soil sample, experiment and data analysis will be done to relate the relationship between infiltration and permeability coefficient. All the factor that has been assumed in this project will be determine also. Finally, a mapping soil according to infiltration coefficient will be established for development purpose in Butterworth. This mapping will also be compare with engingeering campus map depend on infiltratin index.
Contributor(s):
Nasruddien Mohd Nor Saidi - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001972
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
infiltration; runoff; flood
First presented to the public:
4/1/2005
Original Publication Date:
9/22/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 105
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-22 16:39:00.722
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Keupayaan penyusupan1 2020-09-22 16:39:00.722