Konsep kawalan kuantiti dan kualiti air larian hujan didalam Manual Saliran Mesra Alam
(MSMA) yang dicadang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dipraktikkan
dalam kajian ini melalui penggunaan kaedah penyusupan. Kajian penyusupan yang
dijalankan merupakan kaedah kawalan bagi mengurangkan sumber air larian permukaan
yang mengakibatkan masalah banjir di bandar-bandar besar. Kajian ini dijalankan di
dalam daerah Butterworth iaitu. Perincian kawasan adalah di zon 1 dan zon 2. Kajian
menunjukkan tanah yang tergred baik akan mempunyai nilai penyusupan yang tinggi.
Kaedah ujikaji yang digunakan adalah seperti kaedah Double Ring Infiltrometer , analisis
ayak dan ujikaji turus menurun bagi mendapatkan data-data berkaitan dengan
penyusupan, jenis tanah dan nilai pekali kebolehtelapan. Sampel-sampel tanah terganggu
yang dijalankan ujikaji akan dianalisa untuk mencari hubungan diantara jenis tanah, nilai
pekali kebolehtelapan dan nilai pekali penyusupan. Segala jenis faktor yang telah
dikenalpasti turut dikaji dalam projek ini. Akhir sekali, satu peta daerah berdasarkan
kapasiti penyusupan akan dihasilkan untuk tujuan pembangunan di daerah Butterworth.
Peta ini juga akan dibandingkan dengan peta yang dihasilkan di kampus kejuruteraan
berdasarkan indeks penyusupan.
_______________________________________________________________________________________________________
In this research, the Department of Irrigation and Drainage Malaysia has proposed a
concept by Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) to implement the infiltration method
for controlling the quantity and quality of surface runoff. The purposed of using this
infiltration method is to reduce the volume of surface runoff and eliminate the flood
problems in major cities. The location is around the Butterworth area which is in zone 1
and zone 2. The result shows that well graded soil will increase the infiltration rate. The
double ring infiltrometer test, sieve analysis and falling head permeability test is use to
determine the value of infiltration coefficient, soil properties and permeability coefficient.
By using the disturbed soil sample, experiment and data analysis will be done to relate
the relationship between infiltration and permeability coefficient. All the factor that has
been assumed in this project will be determine also. Finally, a mapping soil according to
infiltration coefficient will be established for development purpose in Butterworth. This
mapping will also be compare with engingeering campus map depend on infiltratin index.