(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Ism band rf oscillator design

Ism band rf oscillator design / Jemil Antung
Skop kajian ini adalah untuk merekabentuk pengayun frekuensi radio jalur ISM. Tujuan kajian ini juga adalah untuk merekabentuk penyalun frekuensi radio bagi pengayun dengan frekuensi salunan 27.120MHz. Salunan frekuensi ini adalah frekuensi jalur ISM. Penyalun ini adalah gabungan komponen inductor dan kapasitor yang disambung secara selari. Litar tangki ini adalah berdasarkan tangki inductor dan kapasitor jenis Hartley iaitu induktor adalah bahagian berlakunya penyadapan. Komponen aktif yang akan digunakan ialah transistor kegunaan umum yang mempunyai hingar yang rendah kepada sistem. Model yang akan digunakan ialah transistor BC547. Transistor ini juga mempunyai gandaan tapak – pengumpul,β yang mempunyai nilai minimum iaitu 110 dan nilai maksimum iaitu 300. Projek ini juga merangkumi penggabungan penguat transistor simpang dwikutub (BJT) dengan penyalun. Teori yang digunakan ialah berdasarkan teori kriteria Barkhausen sementara kaedah rekabentuk telah menggunakan analisis arus terus (DC) dan analisis arus ulang alik (AC). Perisian utama yang digunakan untuk mengendalikan litar ini ialah “ Multisim” dan litar yg lengkap dengan nilai komponen yang betul akan diselaku menggunakan penyelaku “Multisim”. Perbandingan antara keputusan melalui pengiraan dan simulasi telah dilakukan. Keputusan frekuensi dari simulasi ialah 50KHz manakala dari pengiraan ialah 27.120MHz. Ini menunjukkan kaedah rekabentuk memenuhi tujuan projek ini tetapi tidak untuk simulasi dan itu disebabkan batasan perisian, batasan komponen dan kekangan masa. _______________________________________________________________________________________________________ The scope of this project is focusing on the designing of ISM Band RF oscillator. The aim of this study is to design the RF resonator of oscillator with the resonant frequency of 27.120MHz. This resonant frequency is the frequency of ISM Band. The resonator is the combination of inductor and capacitor which is connected in parallel. The circuit of this LC tank is following the Hartley LC tank where the inductor is the part of the tapping. The active component used is general purpose transistor that provides low noise to the system. The model is transistor BC547. This transistor is having the base – collector current gain,β at its minimum of 110 and maximum of 300. This project is also about of combining the BJT amplifier part with the resonator part. The theory used is the theory of Barkhausen criterion while the design method is using the DC analysis and AC analysis. The main software as a tool to develop the circuit is multisim software and the completed circuit with the value of components will be simulated by the multisim simulator. The comparison on the calculated result and simulated result has been made. The result from the simulation is showing the value of the frequency about 50KHz while the calculated result is 27.120MHz. The designing process does achieve the objective of this project however, the simulation does not show the same value as calculated value. This is due to the software simulation limitation, components limitation and time constraint.
Contributor(s):
Jemil Antung - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875005803
Language:
English
Subject Keywords:
ISM; RF; resonator
First presented to the public:
6/1/2015
Original Publication Date:
3/7/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 69
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-03-07 15:15:55.438
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Ism band rf oscillator design1 2019-03-07 15:15:55.438