Penyingkiran tumpahan minyak telah dikenalpasti sebagai salah satu penyebab utama kepada pencemaran air di mana minyak dilepaskan secara lansung ke dalam air dan memberi pelbagai kesan kepada alam sekitar. Pada masa kini, tumpuan semakin meningkat dalam penghasilan sorben dari sorben semulajadi untuk penyingkiran tumpahan minyak. Jenis penjerap ini menawarkan kos rendah, kapasiti penjerapan yang lebih tinggi dan yang paling penting ia tidak berbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Dalam kajian ini, 3 jenis penjerap telah diperkenalkan daripada tandan buah kosong, teh yang tidak digunakan dan sekam nasi. Setiap penyerap ini telah diubah suai dengan natrium hidroksida, asid hidroklorik dan aseton. Parameter lain yang digunakan ialah penggunaan pelbagai jenis air iaitu air paip, air laut dan air sungai. Kapasiti penjerapan yang tinggi oleh penjerap diperolehi apabila minyak diletakkan dengan air laut dimana nilai penyerapan ialah 4.00-6.00 (g/g). Minyak yang tinggi penjerapannya sebanyak 50% kadar ialah minyak Vesoya manakala nilai penjerapan bagi minyak engine terpakai ialah hampir 30%.Akhir sekali, ketebalan minyak telah dikaji dimana kapasiti penjerapan tertinggi iaitu 5.00-6.00 (g/g) diperolehi.
_______________________________________________________________________________________________________
Oil spill removal has been recognized one of the most significant source of wastewater pollution which directly released into water bodies, resulting in various environmental impacts. Nowadays, there is a growing interest in natural sorbent production for oil spill removal. This type of adsorbents offer low cost, higher adsorption capacity and the most important thing is it is not harmful to humans and environment. In this study, 3 adsorbents have been introduced from empty fruit bunch, rejected tea and rice husk. Each of these adsorbents has been modified with Sodium Hydroxide, Hydrochloric Acid. Another parameter is the use of different types of water such as tap water, sea water and river water. The highest adsorption capacity of 4.00-6.00 (g/g) was found when oil was mix with sea water compared to the river water and tap water. The adsorption capacity was more than 50% with Vesoya oil and the adsorption capacity with used engine oil was 30%. Last but not least, the thickness of oil has been investigated where the highest adsorption capacity of (5.00-6.00 (g/g)) was obtained.