Projek ini adalah untuk merekabentuk dan seterusnya mengkaji antena dielektrik yang beroperasi pada frekuensi 2.5GHz untuk aplikasi rangkaian tanpa wayar . Projek antena dielektrik ini adalah usahasama Pusat Pengajian Bahan dan Sumber Mineral dengan Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik. Bahan dielektrik yang digunakan dalam projek ini adalah Barium Titanate (BaTiO3) dengan mengunakan mikrostrip sebagai penyuap. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menkaji hubungan antara ketebalan dielektrik dengan sifat-sifat asas antena iaitu dari segi rupabentuk parameter S11,lebarjalur dan corak radiasi . Strategi rekabentuk adalah untuk mendapatkan saiz antena dielektrik yang sesuai, mempunyai kehilangan yang rendah dengan mengunakan bahan pemalar dielektrik yang sangat tinggi dan mempunyai kestabilan suhu. Diharap dengan siapnya projek ini, sebuah antena dielektrik yang sesuai untuk rangkaian tanpa wayar dapat dihasilkan.
This project is about designing and analyzing dielectric antenna that operate at frequency 2.5GHz for wireless LAN application. Dielectric antenna project is a collaboration between School of Material and Mineral Resources and School of Electric and Electronic. Dielectric material that used in this project is Barium Titanate (BaTiO3) with microstrip as the feeder. The purpose of this project is to analyze the relationship between the thickness of the dielectric with the basic characteristic of antenna, for example S11 parameter, bandwith and radiation pattern. Design strategy is to get an equivalent size of antenna that has low loss using material that has high permittivity and stable temperature. Hopefully by the end of this project, a dielectric antenna that suitable for wireless LAN can be archieve.