Sekarang ini, sistem automatik telah banyak diaplikasikan di dalam pelbagai jenis
sistem untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia, menjimatkan masa dan kos, serta
meningkatkan kecekapan produk. Dalam situasi di mana sumber tenaga manusia adalah
terhad, sistem automatik sangat membantu. Sistem penyiraman automatik direka untuk
menyiram beberapa buah pasu bunga untuk jangka masa yang ditetapkan. Objektif projek
ini ialah untuk merekabentuk suatu sistem terbenam untuk mengawal pemasa dan agihan
pengaliran air. Sistem terbenam ini meliputi satu pengawal elektronik dengan litar
elektronik dan papan mikro-pengawal Arduino. Kelebihan menggunakan papan Arduino
ialah ia boleh diharap dan bahasa pemprogramannya mudah untuk diubah dan difahami.
Litar elektronik menyediakan butang tekan yang berfungsi sebagai masukan bagi mewakili
pemasa yang akan dikawal. LEDs dan LCD juga digunakan sebagai keluaran untuk
menunjukkan aktiviti semasa sistem tersebut. Masukan yang dipilih akan diproses oleh
program di dalam papan Arduino bagi mengaktifkan pemasa yang berbeza. Ini akan
memicu pengaktifan injap solenoid dan air akan dibenarkan untuk diagihkan. Penyesuai 12
VDC digunakan untuk memberi bekalan kuasa kepada papan Arduino, manakala pengubah
langkah turun digunakan untuk menurunkan kadar bekalan kuasa bagi injap solenoid.
Geganti juga digunakan sebagai suis elektronik untuk mengaktifkan injap solenoid.
Hasilnya, sistem penyiraman pasu bunga automatik yang berkesan dan boleh diharap
berjaya dibina.
_______________________________________________________________________________________________________
Nowadays, automatic system has been widely implied in many types of system to
reduce manpower, saves time and cost, as well as increasing product efficiency. In a
situation where there is no manpower to perform a specific function, an automatic system is
very helpful. An automatic watering system is designed to water few pots of flowers
automatically in a specified period of time. The objective of this project is to design an
embedded system to control timer and water flow of the water distribution. The embedded
system consists of an electronic controller with electronic circuit and Arduino
microcontroller board. The advantages of using an Arduino board are that it is reliable and
the programming language is easy to understand and change. The electronic circuit
provides push buttons as input of the selected timer to be controlled. LEDs and LCD are
used as the output to indicate the current activities of the system. The selected inputs will
be processed by the program in the Arduino board to activate different timer. This will
trigger an activation of the solenoid valve and allow water to be distributed. A 12 VDC
adapter is used to give power supply to Arduino board, while a step down transformer is
used to step down the household power supply for the solenoid valve. The relay is also used
as an electronic switch to activate the solenoid valve. As a result, an effective and reliable
automatic flower pots watering system has been successfully built.