Karbon dioksida dikenalpasti punca utama untuk kesan rumah hijau yang menghasilkan pemanasan global dan perubahan iklim. Pada hari ini, rancangan utama adalah untuk mengurangan pengeluaran karbon dioksida. Untuk penjerap, hydrotalcite telah digunakan berbanding mangkin lain kerana dua factor utama yang melibatkan kos dan kadar toleransi penjerap terhadap suhu tinggi. Hydrotalcite lebih effektif kerana harganya yang lebih murah berbanding dengan penjerap yang lain. Hydrotalcite telah melalui proses pengkalsinan di suhu 700°C untuk mengkaji reaksi penjerap selepas terdedah kepada haba pada satu jangka masa. Keberkesanan penjerap untuk proses penyerapan diukur melalui analisa pemecahan di mana tempoh proses penjerapan diperolehi. Seterusnya, proses penjerapan buai tekanan dilakukan untuk mengkaji bilangan kitaran yang diperlukan sebelum penjerap menjadi tepu. Dari proses penjerapan buai tekanan ini, ketulinan dan pemulihan karbon dioksida dapat diperolehi. Kadar tertinggi diperoleh oleh HT RAW untuk ketulenan karbon dioksida ialah 84.14% dan kadar pemulihan karbon dioksida ialah 94.44%. Dari kajian ini, HT RAW boleh dikonklusikan sebagai lebih sesuai daripada hydrotalcite dikalsin untuk proses penjerapan buai tekanan.
_______________________________________________________________________________________________________
Carbon dioxide is regarded as the main contributor to the atmospheric greenhouse effect, resulting in global warming and climate change. To reduce the emission of carbon dioxide is a major task nowadays. For the adsorption, hydrotalcite adsorption is used rather than other commercial catalyst due to two major reasons, that is related to cost and adsorbent tolerance to high temperature. Hydrotalcite is more cost effective since the price is cheaper to other adsorbent. The hydrotalcite is calcined to 700°C to see the performance of the adsorbent after being exposed to heat for a period of time. The efficiency of the adsorbent for adsorption is measured through breakthrough analysis where the adsorption length is obtained. Next, pressure swing adsorption process is run to see how much cycle is needed for the adsorbent to be exhausted. From pressure swing adsorption, the purity and recovery of carbon dioxide were be obtained. The highest carbon dioxide purity achieved is 84.14% and 94.44% carbon dioxide recovery by HT RAW. From this research, it can be concluded that HT RAW is better than calcined hydrotalcite for pressure swing adsorption process.