Karbon berliang telah mendapat perhatian dalam penyerapan karbon dioksida. Ciri fizikal dan kimianya boleh ditingkatkan melalui beberapa pengubahsuaian dengan mengaktifkannya dengan agen pengaktif. Dalam kajian ini, daun ubi kayu digunakan sebagai bahan mentah untuk menyediakan karbon berliang bagi menjerap karbon dioksida. Daun ubi kayu dipilih kerana ia adalah bahan sisa, mudah didapati dan murah. Karbon berliang telah disediakan melalui beberapa langkah pengaktifan karbon dan pengaktifan kimia. Morfologi permukaan dan kumpulan berfungsi penjerap yang disediakan telah dicirikan oleh luas permukaan BET, SEM dan FTIR. Penjerapan karbon dioksida dilakukan dalam sistem penjerapan dengan penganalisis karbon dioksida secara terus untuk menentukan kepekatan karbon dioksida di dalam gas. Kesan-kesan keadaan operasi seperti kadar aliran gas (30-60 mL/min), suhu penjerapan (30-60 °C) dan kepekatan karbon dioksida (10-20%) telah dikaji. Keluasan permukaan BET ialah 1246.07 m2/g. Spektrum FTIR yang diperoleh untuk CL@600-K2 menunjukkan lebih banyak kumpulan fungsi amina berbanding CL@600. Kapasiti penjerapan terbaik dan masa tepu yang diperolehi adalah pada keadaan penjerapan kepekatan karbon dioksida sebanyak 10%, suhu penjerapan 30 °C, kadar aliran gas 30 mL/min dengan muatan penyerap 0.5 g masing-masing adalah 3.16 mmol / g dan 9.83 min. Keupayaan penjerapan tertinggi 4.54 mmol / g dicapai pada 20% kepekatan karbon dioksida. Penjanaan semula mampu melaksanakan sehingga 6 kitaran dengan penurunan 9.46% daripada kapasiti penjerapan awal. Keputusan yang diperoleh mencadangkan bahawa penjerap yang disediakan memberikan hasil positif terhadap prestasi penjerapan.
_______________________________________________________________________________________________________
Porous carbon has been gaining attention in carbon dioxide (CO2) capture. Its physical and chemical characteristics can be enhance through some modifications by activating it with an activating agent. In this research, cassava leaves was used as a precursor to prepare adsorbents for CO2 capture. Cassava leaves was chosen as it is waste, easily available and cheap. The adsorbents was prepared through a series of carbonization and chemical activation steps. The surface morphology and functional groups of the prepared adsorbents were characterized by Breneur Emmett Teller (BET) surface area, Scanning Electron Microscope (SEM) and Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR). The adsorption of CO2 was carried out in a fixed bed adsorption system with an online carbon dioxide analyzer to determine the concentration of CO2 in the outlet gas. The effect of operating conditions such as total flow rate (30-60 mL/min), adsorption temperature (30-60 °C) and CO2 concentration (10-20%) were studied. The BET surface area obtained is 1246.07 m2/g. The FTIR spectra obtained for CL@600-K2 shows more amine functional group compared to CL@600. The best adsorption capacity and breakthrough time obtained is at adsorption condition of CO2 concentration of 10%, adsorption temperature of 30 °C, total inlet flowrate of 30 mL/min with 0.5 g adsorbent loading was 3.16 mmol/g and 9.83 min respectively. The highest adsorption capacity of 4.54 mmol/g was achieved at 20% of CO2 concentration. The regeneration was able to perform up to 6 cycles with a decreased of 9.46% from initial adsorption capacity. The results obtained suggest that the prepared adsorbent gave positive results on adsorption performance.