Penilaian Risiko Kuantitatif (QRA) merupakan salah satu kaedah penilaian
risiko yang paling berkesan untuk digunakan ke atas fasiliti-fasiliti industri carigali
yang telah lama beroperasi. Kerumitan operasi industri carigali sebegini memerlukan
kajian keselamatan dan penilaian risiko yang lebih mendalam. Sebarang kejadian
yang tidak diingini boleh mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi, pencemaran
kepada alam sekitar, kerugian kewangan, dan pada masa yang sama dapat membawa
kepada kerugian kepada syarikat atau perubahan yang besar kepada struktur industri.
Kajian ini adalah berkaitan Penilaian Risiko Kuantitatif (QRA) ke atas fasiliti
carigali Dulang. Kesemua risiko berkaitan platform carigali Dulang telah dinilai
berdasarkam Risiko Individu Setahun (IRPA). Prinsip serta implikasi bagi proses dan
analisis untuk jumlah keseluruhan risiko juga dikaji dalam kajian ini.
_______________________________________________________________________________________________________
Quantitative Risk Assessment (QRA) is one of the most effective risk
assessment methods to be applied to the old age existing oilfield production facilities.
The complexity of the oilfield facilities requires through safety studies and
assessment of risks. The consequences of any incident can be catastrophic, involving
the potential for massive loss of life, damage to the environment, financial loss, and
on occasions leading to the failure of the company or major changes to the entire
industry. This report discusses on the QRA works for Dulang Oilfield platform. The
risks have been assessed based on Individual Risk Per Annum (IRPA). The
principles as well as the implications for the total risk analysis process are studied in
this research as well.