Dalam sistem perhubungan sekarang, penghantaran dan penerimaan mesej antara
satu sama lain amat penting. Salah satu protokol popoular yang digunakan dalam
perhubungan rangkaian adalah Protokol Datagram Pengguna (UDP). Protokol ini tidak
dapat memberi jaminan bahawa mesej yang disampaikan dapat diterima oleh penerima.
Projek ini dijalankan bagi membuktikan bahawa aplikasi rangkaian pelayan/pelanggan
(client/server) boleh menggunakan protokol datagram pengguna selain daripada
menggunakan protokol yang lain. Bagi aplikasi rangkaian pelayan/pelanggan yang
menggunakan protokol datagram pengguna ini, penghantaran mesej yang dilakukan
adalah serentak tanpa memerlukan akuan daripada pelanggan. Mesej yang dihantar oleh
pelayan komputer akan dapat diterima oleh semua pelanggan yang mana alamat protokol
internetnya di masukkan ke dalam antaramuka pengguna penghantar. Penghantaran
mesej adalah jenis simpleks atau penghantaran satu hala yang mana hanya penghantar
yang boleh menghantar mesej manakala penerima pula hanya boleh menerima mesej
yang dihantar. Secara kesimpulannya, aplikasi pelayan/pelanggan (client/server) dapat
dibina dengan menggunakan protokol datagram pengguna (UDP).
__________________________________________________________________________________
In communication system nowadays, sending and receiving messages between
users are essential. One of the popular protocols used in communication network is user
datagram protocol (UDP). This user datagram protocol (UDP) is not guaranteed that the
sent message is received by the receiver. This project is carried out to prove that the
client/server application can use user datagram protocol (UDP) apart from using other
protocols. For the applications using the user datagram protocol (UDP), sending
message is done simultaneously without having client approval. Message sent by
computer server can be received by all servers and the internet protocol address is keyed
in into sender client interface. Message transmission is a simplex type or one way
transmission, where only the sender can send the message while only the receiver can
receive the message. In the nutshell, client/server application can be built using user
datagram protocol (UDP).