Tesis ini adalah mengenai analisis tiga dimensi menggunakan FLUENT untuk UAV TAMINGSARI. Objektif kajian ini adalah untuk mempelajari tentang ciri-ciri aerodinamik pesawat ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan GAMBIT dan FLUENT bagi menghasilkan grid untuk geometri dan analisis. GAMBIT digunakan untuk menghasilkan grid tiga dimensi untuk pesawat ini manakala FLUENT digunakan untuk menganalisis daya angkat dan daya seret untuk pesawat tersebut untuk sudut serang yang berlainan. Tiga jenis model berlainan digunakan dalam kajian ini iaitu inviscid, laminar dan k-omega. Kajian ini dijalankan kepada sayap pesawat dan kesuluruhan pesawat. Keputusan yang dikumpulkan dibandingkan dengan data teori yang dikira oleh pelajar terdahulu dan model yang paling tepat ditentukan dengan perbandingan ini. Akhir sekali, kesimpulan boleh dibuat bahawa model inviscid memberikan keputusan yang paling tepat kerana data teori yang digunakan sebagai perbandingan dikira dengan menggunakan anggapan inviscid. Kontur tekanan statik dan vektor halaju dibincangkan dan dibandingkan. Keputusan kajian ini boleh digunakan untuk pembangunan pesawat ini dengan lebih lanjut dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan rekabentuk pesawat ini.
______________________________________________________________________________________
This thesis is about three-dimensional analysis using FLUENT for UAV TAMINGSARI. The objective of this research is to study the aerodynamic characteristic for this aircraft. This research was done by using GAMBIT and FLUENT software for meshing and analysis. GAMBIT was used to generate three-dimensional mesh for the aircraft while FLUENT was used to analyze the lift and drag coefficient for the aircraft at different angle of attacks. There were three different viscous model used in this research which is inviscid, laminar and k-omega. This analysis was done for the wing and the aircraft. The result gathered was compared to theoretical data which calculated by previous student and the most accurate model was determined by this comparison. Finally, it can be concluded that the inviscid model give the most accurate result because the theoretical data was calculated with inviscid assumption. The static pressure contour and velocity magnitude vector were discussed and compared. This research result can be used for further development of the aircraft and to identify the strength and weakness in this aircraft’s design.