(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Health remote monitoring with IoT

Health remote monitoring with IoT / Syameeza Natasha Samsuri
Peningkatan jumlah penduduk berumur 65 tahun ke atas menunjukkan betapa pentingnya perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk mengekalkan kesihatan mereka. Seperti yang kita semua tahu, orang tua mempunyai tabiat yang mereka tidak suka pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan harian mereka. Hal ini kerana kebanyakannya di hospital kerajaan mereka perlu menunggu masa yang lama untuk menjalani pemeriksaan mereka. Dengan bantuan teknologi baru Arduino, sistem penjagaan kesihatan boleh dipantau. Dalam projek ini bertujuan untuk merekabentuk pemantauan sistem masa nyata dan melaksanakan dalam web mudah alih akses terbuka untuk mendapatkan kebolehoperasian di pelbagai platform. Sistem ini terdiri daripada sensor denyutan jantung untuk memeriksa kadar denyutan jantung mereka. Data yang diukur dari sensor akan diproses ke Arduino Mega sebelum dihantar dan disimpankan di pangkalan data PHPMyAdmin. Aplikasi Android direka untuk memaparkan data denyutan jantung para pengguna. Ia juga ditambahkan dengan halaman profil peribadi dimana pengguna sentiasa boleh mengemaskini butiran maklumat peribadi mereka. Beberapa ujian dijalankan untuk menilai prestasi sistem. Pertama adalah ujian yang berkaitan dengan kesan warna latar belakang untuk pengukuran sensor denyutan jantung. Latar belakang gelap disyorkan semasa pengukuran sejak masa yang diperlukan untuk menyelaraskan dengan degupan jantung pengguna adalah lebih pendek (7.44s) berbanding latar belakang putih (11.37s). Ujian seterusnya adalah perbandingan antara nilai sensor didalam sistem ini dengan alat ukur. Ujian melibatkan 10 pengguna dengan umur yang berlainan, untuk ujian ini peratusan ralat purata untuk nilai sensor adalah 3.861% sehingga ketepatan sensor denyutan jantung adalah 96.139%. Sebagai kesimpulan, sistem ini mampu melakukan dengan ralat pengukuran kawalan di bawah 10%. Sistem berasaskan IoT yang dicadangkan dalam kajian ini menunjukkan prestasi dan potensi yang menjanjikan dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk warga tua. _______________________________________________________________________________________________________ The growing number of elderly population aged 65 and over implied the importance of health care services to maintain their wellness. As we all know, the elderly have habit that they do not like to go to the hospital for their daily checkup. This is because in government hospital they need a long time for their checkup. With the help of new technology of Arduino, the health care system can be monitored. In this project aims to design a real-time system monitoring and implement in an open-access mobile-web to obtain interoperability in various platforms. The system consists of heartbeat sensor for checking their heartbeat rate. The measured data from the sensors are processed on Arduino Mega before transmit and store at PHPMyAdmin database. An Android application is designed to display the data of heartbeat of the users with the addition of a personal profile page which users can always update their information details. Several testing is conducted to evaluate the performance of the system. First is the testing related to the effect of background color for the measurement of the pulse sensor. The dark background is recommended during measurement since the time required to synchronize with user heartbeat is shorter (7.44s) compared to white background (11.37s). The next testing is the comparison between sensors values and measuring tools. The testing involves 10 users with a different age for this testing The average error percentage for the sensor values is 3.861% and the accuracy of the pulse sensor is 96.139%. In conclusion, the system is capable to perform with control measurement error below 10%. The proposed IoT-based system in this study show promising performance and potential in providing better healthcare services for elderly.
Contributor(s):
Syameeza Natasha Samsuri - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875008607
Language:
English
Subject Keywords:
elderly; care; wellness
First presented to the public:
6/1/2019
Original Publication Date:
2/26/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 81
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-02-26 17:31:04.77
Date Last Updated
2020-12-02 16:05:30.304
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Health remote monitoring with IoT1 2020-02-26 17:31:04.77