(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Membina sebuah aplikasi rangkaian menggunakan protokol / Norain binti Baharudin

MEMBINA SEBUAH APLIKASI RANGKAIAN MENGGUNAKAN PROTOKOL_Norain binti Baharudin_E3_2008_875002471_00003068407_NI
Dalam sistem perhubungan sekarang, penghantaran dan penerimaan mesej antara satu sama lain amat penting. Salah satu protokol popoular yang digunakan dalam perhubungan rangkaian adalah Protokol Datagram Pengguna (UDP). Protokol ini tidak dapat memberi jaminan bahawa mesej yang disampaikan dapat diterima oleh penerima. Projek ini dijalankan bagi membuktikan bahawa aplikasi rangkaian pelayan/pelanggan (client/server) boleh menggunakan protokol datagram pengguna selain daripada menggunakan protokol yang lain. Bagi aplikasi rangkaian pelayan/pelanggan yang menggunakan protokol datagram pengguna ini, penghantaran mesej yang dilakukan adalah serentak tanpa memerlukan akuan daripada pelanggan. Mesej yang dihantar oleh pelayan komputer akan dapat diterima oleh semua pelanggan yang mana alamat protokol internetnya di masukkan ke dalam antaramuka pengguna penghantar. Penghantaran mesej adalah jenis simpleks atau penghantaran satu hala yang mana hanya penghantar yang boleh menghantar mesej manakala penerima pula hanya boleh menerima mesej yang dihantar. Secara kesimpulannya, aplikasi pelayan/pelanggan (client/server) dapat dibina dengan menggunakan protokol datagram pengguna (UDP). __________________________________________________________________________________ In communication system nowadays, sending and receiving messages between users are essential. One of the popular protocols used in communication network is user datagram protocol (UDP). This user datagram protocol (UDP) is not guaranteed that the sent message is received by the receiver. This project is carried out to prove that the client/server application can use user datagram protocol (UDP) apart from using other protocols. For the applications using the user datagram protocol (UDP), sending message is done simultaneously without having client approval. Message sent by computer server can be received by all servers and the internet protocol address is keyed in into sender client interface. Message transmission is a simplex type or one way transmission, where only the sender can send the message while only the receiver can receive the message. In the nutshell, client/server application can be built using user datagram protocol (UDP).
Contributor(s):
Norain Baharudin - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Barcode : 00003068407
Accession Number : 875002471
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
user datagram protocol (UDP); communication network; transmission
First presented to the public:
1/5/2008
Original Publication Date:
1/30/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 74
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-01-30 15:31:42.555
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Membina sebuah aplikasi rangkaian menggunakan protokol / Norain binti Baharudin1 2018-01-30 15:31:42.555