Secara keseluruhannya projek ini bertujuan imtuk menghasilkan sebuah penjana voltan
sinusoidal dengan nilai voltan dan frekuensi yang bolehubah dengan julat untuk voltan
ialah 24VAC hingga llOVAC dan julat untuk frekuensi dari 50Hz hingga 400Hz.
Dalam projek ini, kaedah penyongsang akan digxmakan untuk menghasilkan atau
menjanakan voltan keluaran arus ulang-alik (ac) dari sumber masukan arus terns (dc) .
Untuk memperolehi keluaran voltan dengan frekuensi bolehubah , pengubahsuaian telah
dilakukan kepada litar penyongsang yang digunakan untuk membolehkan nilai frekuensi
voltan keluaran dapat diubah-ubah . Untuk melihat secara simulasi keluaran untuk litar
tersebut, penyelakuan terhadap litar telah dilakukan menggimakan perisian EWB
(ElectronicWorkBench) . Dalam reka bentuk litar ini , voltan masukan yang diberikan
adalah 24VDC.