Kajian ini telah menilai keupayaan mikroalga Chlorella vulgaris untuk penghasilan biojisim dan rawatan air sisa perbandaran. Chlorella vulgaris telah dipupuk dalam air sisa lepas rawatan dari logi kumbahan dalam sistem kelompok. Pengoptimumam keadaan pertumbuhan untuk menghasilkan biojisim yang maksimum telah dijalankan. Biojisim mikroalga Chlorella vulgaris telah dihasil dalam keadaan pertumbuhan yang optimum: media kultivasi yang terdiri daripada 4525 ml air sisa, 400 ml inoculum dan 75 ml rumusan nutrien baja organik yang diselaraskan ke pH 3 dengan kadar aliran bekalan udara 2.2 L/min. Kultivasi mikroalga dalam keadaan optimum ini juga telah digunakan sebagai system bioremediasi bagi air sisa perbandaran. Analysis rawatan telah menunjukkan kecekapan penyingkiran nutrient setinggi 71.32 % Nitrogen dan 78.80 % Fosforus. Pencirian biojisim yang telah dihasil kan mempunyai kandungan lipid 14.64 % yang terutamanya asid lemak C16 ( > 80 %). Oleh itu, biojisim yang telah dihasil boleh digunakan untuk penghasilan biodiesel.
_______________________________________________________________________________________________________
The present study evaluates the ability of Chlorella vulgaris microalgae strain to be utilized for biomass production and municipal wastewater treatment. Chlorella vulgaris was cultivated in the tertiary discharge of municipal wastewater in batch mode. The optimization of growth condition to maximize the biomass production were performed. Microalgae biomass of Chlorella vulgaris was then produce at the optimized condition: cultivation medium consisting of 4525 ml wastewater, 400 ml inoculum and 75 ml organic fertilizer nutrient solution adjusted to initial pH of 3 with aerated air supply flow rate of 2.2 L/min. Cultivation of the microalgae at optimized condition were also being put to use as bioremediation of municipal waste. The treatment analyses showed the nutrient removal efficiency of 71.32 % Nitrogen and 78.80 % Phosphorus which were remarkable. Biomass characterization of the biomass produced 14.64 % lipids mainly consisting of C16 fatty acids ( > 80 %). Hence, the biomass produced is feasible for biodiesel production.