Kesan daripada pembangunan membawa kepada masalah peningkatan kadaralir
dan isipadu air larian dan peningkatan risiko banjir yang serius. Justeru itu, konsep
kawalan kuantiti dan kawalan kualiti yang berdasarkan konsep kawalan di punca telah
mula diaplikasikan. Kajian ini mengkaji keberkesanan Sistem Saliran Bio-ekologikal
(BIOECODS) yang menggunakan kombinasi sistem penyusupan, storan penahan, saluran
serta perawatan dan pelambatan aliran seperti yang terkandung di dalam Manual Saliran
Mesra Alam (MSMA). Kajian “Penurunan Risiko Banjir menggunakan Kolam Takungan
Kering” telah dijalankan bagi mengkaji keberkesanan salah satu komponen BIOECODS
iaitu kolam takungan kering sebagai storan dan keupayaannya menampung isipadu air
larian. Keputusan daripada ujikaji yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan
kolam takungan kering adalah efektif untuk menampung isipadu air larian dengan jumlah
yang besar, melambatkan aliran dan seterusnya mengelakkan risiko banjir kilat. Ujian
Infiltrometer dan Analisis Ayak dijalankan untuk membuktikan keberkesanan kolam
takungan kering menyusup secara perlahan dan seterusnya mengecilkan aliran puncak.
Daripada kajian ini, didapati kolam takungan kering yang dikaji adalah berkesan untuk
menurunkan aliran puncak, bertindak sebagai storan air larian pada isipadu tertentu dan
boleh diaplikasikan untuk menurunkan risiko banjir kilat.
_______________________________________________________________________________________________________
Effect of urbanizations on increasing peak discharge and volume of runoff caused serious
flood risk impact. Therefore, quantity and quality control of runoff by control at source
concept have been implemented. This research studies the effectiveness of Bio-Ecological
Drainage System (BIOECODS) that combine the system of infiltration, storage, flow
retardation, swale and water treatment as stated in Urban Stormwater Management Manual
(MSMA). A study of “Flood Risk Reduction Using Dry Pond” have been completed to
study one of BIOECODS component, dry pond as runoff storage and its capability to retain
stormwater runoff. The result from this research show that dry ponds application are
effective to retain a volume of stormwater runoff, reduce peak flow and reduce flood risk
impact. Infiltration test and sieve analysis test were carried out to know the dry pond
effectiveness to infiltrate through the soil and reduce the peak flow. From the study it is
concluded that the dry ponds are effective to reduce peak flow, detention storage system at
certain volume and can be use as an application to reduce the flood risk.