Projek ‘Pengawal Kelajuan Motor Arus Terus (AT) dengan menggunakan Mikropengawal PIC16F877’, adalah bertujuan untuk membina satu sistem pengawal kelajuan motor arus terus dengan penggunaan bantuan mikropengawal jenis PIC16F877. Teknik yang digunakan dalam sistem pengawal ini ialah Pemodulatan Lebar Denyut, PWM. Dalam projek ini, PWM dikawal dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang telah diprogramkan ke dalam PIC 16F877. Secara umumnya, projek ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu penyediaan aturcara kawalan ke dalam mikropengawal dan reka bentuk litar pemacu motor serta litar untuk sistem suap balik. Dalam penyediaan aturcara kawalan bagi motor, perisian PicBasic Pro Compiler digunakan untuk mengawal operasi pemproses tersebut. Reka bentuk litar pemacu motor pula melibatkan penggunaan litar Jambatan-H untuk menerima keluaran dari mikropengawal dan memacu motor arus terus supaya berputar. Oleh kerana reka bentuk projek ini merupakan suatu sistem gelung tertutup, satu litar foto pengesan dibina untuk mendapatkan keluaran dalam bentuk denyut sebagai masukan suap balik ke dalam mikropengawal. Pemprograman mikropengawal dan reka bentuk litar yang diperlukan di dalam projek ini, dibina secara berperingkat untuk memastikan litar-litar boleh berkomunikasi dengan baik. Proses reka bentuk ini dapat mengenal pasti masalah yang timbul dengan mudah dan sebarang tindakan penyelesaian dapat dijalankan dengan teratur. Aplikasi kawalan motor sebegini boleh digunakan sebagai asas dalam sistem kawalan sebuah robot dan juga alat permainan kanak-kanak.
_________________________________________________________________________________________
The purpose of the project ‘Precision Speed Control of a DC Motor Using Microcontroller PIC16F877’ is to develop a system that can control speed of a direct current (DC) motor by using a microcontroller type PIC16F877. The technique that is used in this control system is called as Pulse Width Modulation, PWM. In this project, PWM is controlled by the programming language which is already programmed into the PIC16F877. Generally, this project is divided into two main sub-groups that provide the control program into the microcontroller and also by design a motor drive circuit and a feedback circuit. In the control program for motor, software called PicBasic Pro Compiler is used to control operation of the processor. Then in designing a motor drive circuit, it is involved the consumption of an H-Bridge circuit to receive output from the microcontroller and then drive the direct current motor to rotate. Since this project design is a closed-loop control system, a photo detector circuit is build to get the output pulse as a feedback input to the microcontroller. Programming the microcontroller and design the circuit that is needed in this project, is done periodically in order to confirm that all the combination circuits could communicate and operate well. This motor control application could be use as a basis in a robot control system and also for kids toys.