Tujuan utama prqjek tahun akhir ini ialah untuk membangunkan suatu program penuh
interaksi pengguna yang ditulis dalam Java dan diletakkan dalam 'eeserver' bagi
kegunaan pelajar USMKCP khususnya dan pelajar bukan USM amnya melalui
jaringan Internet. Program ini merupakan tutorial mengenai Pemprosesan Isyarat
Digit (DSP) dan mengandungi beberapa topik utama yang merupakan asas bagi DSP.
Program yang ditulis ini mempunyai dua bahagian utama iaitu demonstrasi konsepkonsep
penting serta pengujian dengan niiai sebenar oleh para pengguna. Namun
begitu, program ini bukan merupakan simulasi penuh konsep-konsep tersebut dan
hanya sebagai tutorial sahaja. Program-program ini telah dibina atas AWT {Abstract
Windows Toolkit) yang merupakan suatu siri alat-alat Java untuk pemprograman
Tetingkap {Windows Programming). Akhimya, program-program Java ini
dimasukkan ke dalam jaringan World-Wide-Web melalui pemprograman HTML
untuk kegunaan pelajar. Di samping itu, suatu pakej DSP telah pun dikumpulkan
yang mengandungi fiingsi-fungsi utama DSP. Pengguna-pengguna lain hanya perlu
memasukkan pakej ini untuk menggunakan segala fungsi DSP. lanya berdasarkan
suatu ciri utama pengaturcaraan berasaskan objek (OOP) di mana kod-kod yang
ditulis boleh diguna semula ke dalam kod-kod lain tanpa sebarang pengubahan.