Projek ini mencadangkan satu ciri perambatan dalam WSN untuk aplikasi akuakultur. Ia menekankan kepada anggaran jarak optimum dalam pembangunan rangkaian yang kukuh untuk penghantaran data dalam WSN. Penyelidikan peringkat pertama bertujuan untuk memilih jenis antena dan sudut penghantaran optimum, dan juga untuk menentukan jarak penghantaran optimum antara penyelaras dan nod sensor bagi rangkaian yang dicadangkan. Jenis antena dan sudut penghantaran terbaik dicapai melalui penyiasatan ke atas kesan orientasi antena terhadap kekuatan isyarat. Corak perambatan yang diplot daripada data menunjukkan bahawa antena cip adalah antena berarah yang lebih baik dan paling sesuai digunakan untuk nod sensor, dengan sudut penghantaran terbaik pada 90°. Antena dwikutub yang mempunyai bacaan RSSI yang baik pada semua sudut pula adalah sesuai untuk digunakan bagi penyelaras. Kajian ke atas jarak penghantaran pula membolehkan anggaran jarak optimum antara penyelaras dan nod sensor diperoleh. Anggaran jarak dikira menggunakan persamaan log-jarak yang dijana daripada graf RSSI melawan log jarak, yang diplot daripada data eksperimen. Peratus ralat untuk jarak anggaran berbanding dengan jarak yang diukur adalah 6.2%, 18.8% dan 22% untuk kawasan yang padat tumbuh-tumbuhan, kawasan pokok-pokok kecil dan semak, dan kawasan bangunan. Kajian lapangan untuk menguji topologi rangkaian yang dibina berdasarkan dapatan penyelidikan peringkat pertama menunjukkan hasil yang positif, yang membuktikan bahawa orientasi optimum antena yang diguna pakai, dan juga penggunaan persamaan log-jarak yang ditemui dalam kajian ini dalam menganggarkan jarak optimum adalah sesuai.. _______________________________________________________________________
This project proposed propagation characteristics in WSN for aquaculture application. It emphasized on optimum distance estimation in the development of a strong network for delivering data in WSN. Stage 1 of the research was aimed to select the type of antenna and its optimum transmission angle, and also to determine the optimum transmission distance between coordinator and sensor node for the proposed topology. The type of antenna and its best transmission angle were achieved by investigating the effect of antennas orientation on signal strength. The radiation patterns plotted from the data showed that chip antenna was a better directional antenna and most suitable for sensor node application with best transmission angle of 90°. Dipole antenna that had good RSSI reading at all angle was suitable to be used for coordinator. The study on transmission distance enabled the estimation of optimum distance between coordinator and sensor node be made. Distance estimation was calculated using the log of distance equation generated from the RSSI versus log of distance graph plotted from the experiment data. The percentage error for the estimated distance when compared with the measured distance were 6.2%, 18.8% and 22% for dense vegetation area, small trees and bushes area and building area respectively. The result of the field study to test the network topology constructed based on the result of research stage 1 showed positive result, proving that the optimum antenna orientation used and the application of the discovered log-distance equation in estimating the optimum distance were appropriate.