Karbon teraktif berasaskan kelongsong biji getah (KTKBG) telah diguna untuk menyingkirkan metilena biru (MB) daripada larutan akueus. Pengaktifan fizikimia yang merangkumi penjerapan isi dengan hidrogen peroksida (H2O2) diikuti oleh gasifikasi karbon dioksida (CO2) telah digunakan untuk menghasilkan KTKBG. Kajian kelompok penjerapan telah dijalankan untuk menilai kesan kepekatan awal (50-500 mg/L) pada penyingkiran MB, masa (1-24h), suhu larutan (30-60°C) dan pH larutan (2-12). Data keseimbangan penjerapan MB pada KTKBG telah dianalisis dengan menggunakan model isoterma Langmuir, Freundlich dan Temkin. Data isoterma yang paling sesuai ialah model isoterma Freundlich dengan muatan jerapan sebanyak 481.78 mg/g. Pseudo-tertib pertama dan pseudo-tertib kedua model telah digunakan untuk menganalisis data kinetik yang diperoleh pada kepekatan yang berbeza. Kinetik penjerapan yang terbaik telah dipadankan oleh model kinetik pseudo-tertib kedua. KTKBG yang dihasilkan adalah sesuai sebagai bahan penjerap untuk menyerap MB daripada larutan akueus.
_______________________________________________________________________________________________________
Rubber seed coat based activated carbon (RSCAC) was used to remove methylene blue (MB) from aqueous solutions. Physiochemical activation consisting of hydrogen peroxide (H2O2) impregnation plus carbon dioxide (CO2) gasification was used to prepare the RSCAC. Batch adsorption studies were conducted to evaluate the effect of initial concentration (50-500 mg/L) on the removal of MB, contact time (1-24h), solution temperature (30-60°C) and solution pH (2-12). The equilibrium adsorption data of MB on RSCAC were analyzed by the Langmuir, Freundlich and Temkin isotherm models. The isotherm data were well fitted by the Freundlich isotherm model with adsorption capacity of 481.78 mg/g. Pseudo-first-order and pseudo-second-order models were used to analyze the kinetic data obtained at different concentrations. The adsorption kinetics was best described by the pseudo-second-order kinetic model. RSCAC was shown to be a suitable adsorbent for adsorption of MB from aqueous solution.