(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian mengenalpasti kecacatan pada anggota struktur bangunan kayu sediada

Kajian mengenalpasti kecacatan pada anggota struktur bangunan kayu sediada / Chen Fook Keong
Kajian ini tertumpu kepada mengenalpasti kecacatan dan punca-puncanya pada anggota struktur kayu berdasarkan spesis atau kumpulan kekuatan. Dua buah bangunan kayu sediada yakni Stesen Keretapi Sungai Nal, Kuala Krai dan Kuarters Kerajaan, Pasir Puteh telah dipilih sebagai model untuk kajian. Anggota struktur yang dikaji adalah rangka kekuda, rasuk, tiang, gelegar dan papan lantai. Pemeriksaan secara visual dan ujian pengecaman kayu dilakukan di lapangan untuk mengenalpasti dan menentukan kategori kecacatan serta spesis supaya dapat membantu dalam kerjakerja penilaian, penyelenggaraan dan penambahbaikan bangunan kayu dengan lebih sistematik dan effisien lagi. Kajian ini juga menyemak kaedah konvensional yang diamalkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR Daerah) dalam pembaikpulihkan bangunan kayu. Beberapa kaedah pembaikan dan pencegahan yang telah dipraktikkan oleh American Society of Civil Engineers dapat diperkenalkan dalam kajian. Hasil daripada pemeriksaan, Merbau, salah satu spesis yang tahanlasak, amat popular digunakan untuk pembinaan pada zaman dahulu. Corak kecacatan yang dikenalpasti adalah hampir sama walaupun fungsi, lokasi, persekitaran dan penyelenggaraan bangunan berbeza. Kajian mendapati 73% kayu merosot adalah disebabkan oleh air yang juga merupakan musuh utama kepada kayu. Antara agen perosak kepada kayu yang tinggi ialah anai-anai. 70% daripada kecacatan yang berlaku dapat dicegah semasa bangunan dalam perkhidmatan manakala 30% lagi dapat dielakkan semasa bangunan dibina. Akhir sekali, beberapa cadangan telah dikemukakan termasuk senarai semakan untuk mempertingkatkan lagi kerja-kerja penilaian dan pemulihan struktur kayu. _______________________________________________________________________________________________________ This report concentrates on identifying structural wood’s defects and its causes base on species or strength group. Two existing wooden buildings namely Sungai Nal Railway Station, Kuala Krai and Pasir Puteh government Quarters were chosen as models for the study. The structural members inspected were rafters, beams, columns, joists and floorboards. In order to assist in the evaluation, maintenance and upgrading of wooden buildings to be more systematic and efficient, visual inspection and wood identification test were conducted to classify the defects and species. This case study also looks into the conventional method of repairs executed by the district, Jabatan Kerja Raya. Numerous methods of repairs and prevention used by the American Society of Civil Engineers were introduced in this study. The investigation revealed that Merbau, a natural durable hardwood, was the most popular species used in the olden days. The pattern of defects identified was almost the same even though the function, location, environment and maintenance were different. Water is the worst enemy of wood, making up 73% of the reason why wood deteriorates. Subterranean termites are among the highest as wood destroying agents. As a result, 70% of the defects can be prevented when the building is under service whereas the remaining 30% can be avoided during construction. Lastly, several recommendations including a simplified checklist were proposed for the enhancement of evaluation and rehabilitation of wooden structures.
Contributor(s):
Chen Fook Keong - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001325
Language:
English
Subject Keywords:
kecacatan; kayu; kekuatan
First presented to the public:
1/1/2004
Original Publication Date:
7/21/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 101
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-07-21 12:47:11.801
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian mengenalpasti kecacatan pada anggota struktur bangunan kayu sediada1 2020-07-21 12:47:11.801